Ni kali pertama review dekat sini.
Hotel : Zenith Cameron Highland.
Stay : 3 hari 2 malam
Room : Signature King with free breakfast for 2 pax
(Dapat Potongan harga separuh Jadi bayar Rm395. Hotel ni terletak dekat Tanah Rata. Lokasi dekat dengan medan selera,bank ,hostel backpackers apa semua. Kalau datang dari Tapah hotel sebelah kanan. Kalau dari Gua Musang sebelah kiri.
Proses check in agak mudah. Sebab masa saya datang tak ramai. Mungkin sebab hari bekerja. Deposit Rm200 diperlukan . Standard macam hotel hotel lain.
Tambahan RM6 untuk cukai kelestarian. Bilik dalam kul 2 lebih saya dapat bila saya sampai.
Singnature king terletak di tingkat 4.
Besar jugak.
Ada 1 tandas dan 1 bilik mandi sekali dengan tabmandi.
Bilik yang ada balkoni,mempunyai 1 king bed dan 1 serta TV. Ada kabinet dan rak terbuka. Benda asas dalam bilik juga ada. Bilik kami boleh tengok kolam renang dari atas.
Sarapan percuma untuk 2 orang dewasa. Pelbagai lauk pauk dari makanan timur ke makanan barat ada. Cuma kuih2 melayu takde. Itu agak mengecewakan
.
KEMUDAHAN
Ada kolam renang tapi memang sejuk. Tapi saya tiga hari saya mandi pagi dan petang. Mat salleh pun kata sejuk tapi saya mandi jugak. Sebab air dekat New Zealand lagi padu tapi saya boleh mandi jugak. Sauna pun ada saya guna sorang sorang je. Sebab takde orang.
Proses daftar keluar senang. Bagi kad bilik ,tandatangan borang terus pulang balik deposit.
Nak repeat: Mungkin tidak . Sebab saya tak berapa gemar cameron highland. Hotel okey tapi cameron kureng best.