Park Royal Langkawi (hotel 5 star ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️)
Booking: Agoda
Harga: RM2,000 (3H2M include buffet breakfast)
Bilik: Deluxe King Ocean View
Travel time: 11 Nov - 13 Nov 2023.
*Harga mungkin tinggi sebab pergi masa cuti Deepavali.
Check-in: 3pm onwards - ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Smooth, siap ada welcome drink, ada assistant tolak beg sampai bilik, secure deposit, better in cash RM200.
Check-out: 12pm - ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Laju, Senang, Memudahkan. Ada siap orang tolong simpan kan beg dalam kete, bukak kan pintu kereta sekali 🤣
✅View memang sangatlah cantik, bukak-bukak sliding door, balcony besar ada port lepak, terus menghadap laut.
✅Pool ada 2, skypool utk adult sahaja, beso ye dua dua pool dia.
✅Staff memang bagus, membantu dari awal sampai akhir.
✅Hotel ni kids friendly, sebab... ada aktiviti utk kids, sepanjang siang, so mak bapak boleh la me time berdua, anak tinggal je dkt situ haha.
✅Best part is... hotel ni private sikit, jadi beach tu kita punya je, org awam tak boleh masuk. Mandilah cemana ko nak.
✅Buffet breakfast ada banyak cuisine, tapi tbh 8/10 lah rasa rasa dia tu. Sedap bole bole lah. Tapi banyak, melayu, english, pastry, indian cuisine pun ada weh!!!
✅Cakap psl bilik pula, bila besar luas, tv berfungsi. Bilik air ada bathtub, ada jugak part shower yg besar. Boleh duduk siap masa mandi. Cuma lantai agak licin. Toiletries semua dia bagi, dtg bawak badan je.
✅Parking free. Tapi checkin dulu ambik wristband. Hotel ni tak pakai kad ye. Semua wristband tu je. Canggih 👍🏻
✅Malam tu kitaorg penat dah nak berjalan, order room service punya makanan, sedap jugak. Tapi biasalah standard hotel 2 meal RM100 🥹
Nak add on: View hotel sekeliling bersih, cantik sbb dia hitel baru. Tak sampai setahun so mmg environment dia seronok.
Setakat tu dulu review, apa-apa boleh tanya ye! I'll be happy to assist 😁