The Chalet Kg Sg Burung, Tanjong Karang Selangor

Singgah bermalam disini kerana ada majlis perkahwinan sahabat di kawasan Tanjong karang. Ini hanyalah review daripada seorang yang mencintai suasana perkampungan.

The Chalet
Lokasi: Kg Sg Burung, Tanjong Karang Selangor 
Harga bilik: RM110 (harga mengikut unit chalet)
Nombor pemilik: 013-3361515

Ada 6 unit chalet berlatar belakangkan suasana perkampungan di sawah padi yang dibina atas air dan juga tanah. Sesuai bagi yang ingin merasai suasana kampung yang menenangkan dari hiruk pikuk kotaraya Kuala Lumpur. Disini juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti memancing serta bbq. Sangat sesuai bagi keluarga yang ingin datang beriadah pada hujung minggu.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama