IDEAS KL (sebelum ni Quality Hotel)
18-19 June 2023.
Executive King Room. Bilik saya dapat level 17.
Price : RM 276.00 (including breakfast) thru Agoda.
Parking : ⭐⭐⭐
Ni spoil sikit. Parking kongsi dengan LPPKN on every alternate levels. Sampai jam 2.45 ptg pun, terpaksa parking L5. Maka mendaki lah tangga yang agak sempit sampai ke lobby.
Note : perkhidmatan buggy disediakan dari parking ke lobby. Just scan QR yang dipamerkan untuk request buggy.
Parking RM 4.40 per entry. Validate di reception, bayar guna touch n go atau wave card.
Check in/out ⭐⭐⭐⭐⭐
Smooth. No security deposit needed. Kalau waktu ramai orang, kena tunggu sikit. Biasalah.
Check out pun pantas.
Lift ada 3. Tak perlu tunggu lama.
Bilik : ⭐⭐⭐⭐ (as per harga yang dibayar)
Luas. Bersih. Iron and iron board, sejadah, provided. Tea/coffee dan bottled water pun ada.
Cuma aircond kena buka full blast baru terasa nyaman...
Cumaaaaaa.... Bilik tak sound proof ye. Boleh dengar bunyi-bunyian 😅 kalau tak, dah 5 stars bilik.
Toilet : ⭐⭐⭐⭐
Toilet ok .. cuma kalau luas sikit lagi lagi best. Terutama ruangan shower. Basic toiletries include sanitary bag, shower cap, cotton buds, toothbrush and toothpaste, shampoo, conditioner and shower gel. (Provided in mini bottles)
Breakfast ⭐⭐⭐
Ni yang agak mengecewakan bagi saya. Saya baca review breakfast sedap. Tapi mungkin bukan rezeki saya, saya rasa breakfast biasa-biasa saja. Choices pun agak limited. (If compared to hotel setaraf lain yang saya pernah menginap)
Swimming pool comel cute je. Di level 3. Boleh la kids mandi manda. Towel provided by poolside. Tapi not to blame. Bangunan hotel lama. Itulah adatnya.
Overall experience kalau tak ambil breakfast
⭐⭐⭐⭐. Recommended la to try untuk experience.
Enjoy your holidays guys!
Tags:
kuala lumpur