Bayview Beach Resort, Batu Feringgi Penang.

Bayview Beach Resort, Batu Feringgi Penang.

Check in : 23/5/2023
Check out : 24/5/2023

RM 278. Bilik Superior King. Inc breakfast 2 org dewasa and kanak2 bawah 6tahun free. Direct web lagi murah dari Agoda.

Check in and checkout. 10/10
Mudah dan pantas. No deposit. Tapi memandangkan sebulan tunggu duit tak deducted dari acc, so pagi tu call hotel double confirm pasal booking and bayar masa check in dia kata. Check out just pulangkan kunci.

Parking. 7/10
Mudah tapi takde staff guide haha rasa ada parking dalam building tp kami parking luar je la.

Bilik dan kemudahan. 8/10
Bilik dia luasssss ya Tuhannn. Tapi sbb luas, aircond kurg rasa hahaha. Dia mcm boleh la xsejuk xpanas. Bilik mengadap bukit bukau, seaview harga lain. Ada bath tub cuma tuala dia berbau sikit and tak cukup haha

Pool. 9/10
Strict. Yg berbaju mandi for real je boleh berenang. Tp utk playpool belasah jeee apa2 baju haha. Syok betul playpool tu, xpayah dah mandi laut. Anak excited main situ je.

Playland. 
Tak jenguk tapi kata free (11pagi sampai 6ptg) cuma wajib berstokin. Kalau xde dorg jual rm10 sepasang 🥹

Breakfastttttt. 10000/10
Ya Tuhannn yang paling best haha makanan banyakkkk. Xdak org.. kami org first, muncul selepas subuh gais 😂 ada nasi goreng, scramble egg, puding roti, nasi lemak, mee kari, roti canai, sandwich, plain bubur, bubur ayam, buah, fresh orange bukan kordial, jus jambu batu.. Tersangat kids friendly. Kawasan pun luas. 

Makan. 9/10
Berdepan dgn kedai makan and lintas jerr. Harga tak cekik darah sangat kena pandai tgk kedai la.

So far ok. Boleh repeat sebab berbaloi. Utk staycation boleh la, utk yg kaki jalan tak sure. Kami betui2 duduk dalam hotel tak g mana2 🤣

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama