Review Bertam Resort Hotel, Penang

Hotel Review 

Bertam Resort Hotel, Penang
20-22 Mei 2023 (2 malam)
Booking : Direct Website
Jenis bilik : Superior King (3034- waterpark view)
Harga : RM318/ malam (pakej FREE 2 tiket waterpark dewasa)

Check in : Pantas.. Saya book with full payment, so takda deposit. dapat voucher untuk redeem welcome drink.

Check out : mudah & pantas 👍🏻

Bilik : 10/10 👍🏻
Alhamdulillah ok je katil king . Bilik pun ok bersih. Toilet dia super cantik. Cuma takda hook tapi bagus ada tali untuk sidai baju basah 🤩

Servis : 10/10👍🏻
Staff friendly & sangat membantu. Terima kasih untuk staff reception Mr Shazwan & Mr Azri yang banyak membantu. Sama juga untuk housekeeping & tenchnician (toilet sumbat tapi laju je setel)

Parking : 10/10👍🏻
FREE. Ada access card untuk keluar masuk. 

Swimming pool : 10/10👍🏻
Cantik luas ada jakuzi lagi. Terpaling best pagi isnin kami 4 beranak je layan pool sebesar2 tu. Lagi cantik view pun alala Morroco cun sangat 🤩

Breakfast : 10/10👍🏻
Overall ok sangat puas hati banyak pilihan makanan. (Bilik kami pakej free breakfast 2 dewasa)

Lokasi : 10/10👍🏻
Bertam dah maju. Mcd pun dekat je. Malam kedai makan banyak untuk buat pilihan.

Overall tersangat la puas hati dari semua sudut. Waterpark best mesra budak2. Buka jam 11am- 5pm. Dari hotel ada buggy akan hantarkan. Staff semua friendly takda complaint semua tiptop. 🤩👍🏻

#bertamresorthotel
#bertamresortandwaterpark
#penang

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama