Che Wok Hotel, Kota Bharu, Kelantan 🎯4 hari 3 Malam

Salam 2 June! Saya kembali lagi untuk review another stay yg berbaloi pd saya. Hotel ni mmg bg service terbaik & patut dapat spotlight!

Pilihan review sy kali ni,
🏢Che Wok Hotel, Kota Bharu, Kelantan 
🎯4 hari 3 Malam
🎯 Deluxe Queen RM140/malam (flat rate walau weekend)

❇️REVIEW❇️

🔹Arrival🔹
Sy sampai malam dr KL, sampai je receptionist dh tau sbb menanti kehadiran sy (atas urusan kerja, booked by client). Sampai je depan hotel, sy teruja sbb cantik nya mural pd bangunan! 
📸1. Masuk je nampak lobby yg minimalist ade 2 set settie, & ade aquarium sbg meja reception. Menarik. Ade port utk ambil gambar jugak. 📸2-4. Easy check-in. Dapat kunci trus ke bilik. Lif die i like.. laju. 6 tingkat je hotel ni. Tp byk bilik. Sebelum naik lif, ade jual tshirt hotel Che Wok, kot la nk jd souviner atau dtg sehelai sepinggang kan. 📸5 
Sy nak bg 5 🌟🌟🌟🌟🌟 pd staf2 sni yg sentiasa senyum bila guest lalu lobi. Special thanx pd en. Hazim sbb layan sy tanye mcm2 soalan psl hotel ni & siapa Che Wok.. menarik ya kisah Che Wok ni, nak tau? Datang la sini, sembang2 dgn staf.. ya Allah limpahkan rezeki seluruh staf hotel ni. Aamiin.

keluar je lif, nampak kolam ikan lagi. Wah lain mcm.. cari bilik 303, WOWW ade kolam tepi bilik. Tenang je dgr bunyi air pancut bile bukak tingkap. 📸6. I really love ketenangan hotel yg dizahirkan dr deko kolam nya. 1 yg sy suka, kunci bilik style biasa bukan jnis kad. Sy suka 😂 xde susah2 nk hidup2kan kat kaunter. Bonus pd deco hotel ni, dinding dihias dgn frame2 bermaklumat psl budaya & permainan kelantan mcm congkak, wau, alat muzik, budaya dll. Bosan2 boleh la baca 📸7

Masuk je unit, Alhamdulillah kemas, segar & tenang. Cek smua lighting, aircond, heater… PERFECT! Seriously PERFECT! Ade fridge besar mmg puas hati! Ade tv mcm2 siaran standard, ada sejadah, meja nak mengaji pun ade ok.. kerusi rehat & 1 meja kecil utk rehat sambil makan 😂 ade jugak meja solek & toilet die sgt selesa! Alhamdulillah, letih sampai dr KL, rasa berbaloinya perjalanan jauh ni bila hotel yg bersih dan selesa kite dpt. Ada kettle & standard coffee tea segala. Nak iron, minta je nnt mereka hantar ke bilik. 📸8-11. Lepas dh mandi segala, tidurlah sy dengan tenang sampai ke subuh. Alhamdulillah..

Rupanya ramai kenalan d KB pun x sedar kewujudan hotel ni. Katanya dlm setahun lebih beroperasi. Mmg masih tiptop. Sy cuba naik ke rooftop garden tp tutup masih dlm renovation. Oleh sbb ramai x sedar kewujudannya, sy tau sy wajib review dgn jujur. Ouh lupa, ada wifi ikut level.. sgt memuaskan hati, alhamdulillah.. 

🎯 🤩 MAKAN 🤩 
Ya Allah., kalau dtg kelantan mmg makan la critenye kan? Breakfast disediakan oleh pihak hotel ala mini buffet. Day 2, sy makan Nasi Kerabu kuning, ikan celup tepung & nasi goreng. Mcm tau je niat hati nk makan tghari tu. Menu tetap yg sy nampak, wedges, mini cocktail, roti bakar & buah. Makan dekat cafe hotel sebelah hotel.. milik hotel ya & no outsiders walk in. Hanya yg berdaftar masa check in shj. Day 3, breakfast sy nasi putih, gulai ikan tongkol sedap gile, sambal belacan, timun, bihun goreng & menu tetap. Wey padu la makan berbaloi sgt.. Day 4, nasi minyak & ayam rose hihi
Kalau nk lunch pun boleh tp kne order kat reception utk chef sediakan. Byk gile menu die, tak terpilih tau 📸12-16. sy x try lunch sbb siang sy di pejabat client. Pendek kata, dtg kelantan pasti x kebuluran 😂 nk order grab pun keliling byk gile dr fastfood, makanan western, thai ke melayu.. 

🎯 🤩 AKTIVITI 🤩
Sini xde pool, tgk ikan boleh la. Mcm2 jenis ikan berbeza dekat aquarium/kolam. 
Nak ke Pasar Siti Khadijah? 📸 17-18 Jalan 2 minit je sampai. Nak ke Uptown YANG MAKANAN DIE SEDAP GILE SY ORDER GRAB DR SANA, 3 minit je jalan.. mmg dekat dlm pekan betul2 depan KWSP/Agrobank berdekatan Pizza Hut. Tertinggal brg mandi atau vitamin? Guardian sebelah je hihi
Ada 6 Bilik Mesyuarat, lupa pula nk crite

So pada sy,

✅Sesuai tak dgn harga?
SANGATTTT SESUAI BERBANDING BILIK DIE YANG SELESA SANGAT, NAK BAGI 6/5 🌟🌟🌟🌟🌟 🌟
✅Nak dtg lagi?
OFCOURSE!!!🌟🌟🌟🌟🌟 x sabar nk naik rooftop
✅Rekomen dgn org lain tak? 
SANGAT RECOMMENDED 🌟🌟🌟🌟🌟

Pada sy, TERSANGAT BERBALOI! 
Jumpa di next review.
#hotelCheWok

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama