Hi harini nak review hotel Park Inn by Radisson Putrajaya
LOCATION
- Berdekatan UNITEN Bangi
- Depan hotel ni ada De Centrum Mall
Saya check in hari Jumaat 20/5/2023 dalam pukul 7:30 malam.
CHECK IN
Proses check in smooth, kena isi borang agree hotel ni non-smoking hotel. Walaupun kat depan ada lagi 2 guest tengah check in, tak perlu tunggu lama.
Staff semua friendly dan murah dengan senyuman 😚
Dekat card bilik akan ada wifi id and password.
BILIK 🛌
Standard Room RM 250+ (Agoda)
- 2 bantal
- Ada arah kiblat dekat bahagian dinding atas
- 1 Sejadah disediakan
- Mini bar & 2 complimentary mineral water
- Kettle
- Coffee, Tea, Creamer
- Shampoo, body wash, conditioner & body lotion
- Vanity kit
- Iron & iron board
- Safety box
- Hair dryer
Overall bilik bersih dan selesa. Tilam pun empuk!!
Tapi mula mula dapat bilik aircond rosak, tukar bilik mini bar pulak tak function.. nasib maintenance datang cepat after report 👍🏻
Wifi connection dalam bilik laju. Tengok movie online & online meeting pun no problem 👌🏻
TOILET 🚿
Water pressure ok. Dekat shower macam tak ada pilihan untuk air panas atau sejuk. But luckilly, just nice. Suam-suam.
I love their toiletries. Wangi! Dan yang best conditioner disediakan.
FACILITIES 🏋🏻🏊♀️
- Adult & Kid Pool
- Gym
Dua-dua facilities ni berada dekat area belakang front desk dan berdekatan area parking.
Pool bersih. Masa pergi swimming around 9:30 pagi ada staff tengah mop tepi-tepi pool untuk make sure lantai tak lecak dan licin 👍🏻
Kalau nak guna gym boleh minta access card dekat front desk.
BREAKFAST
Ada nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, egg counter, porridge, cereal, ayam goreng, sausage, baked beans, wedges, mee soup.
Dari segi taste ok not bad. Tapi kalau walk in price RM 40+ kena tambah variety lagi 😅
Overall hotel ni best untuk short staycation, dan santai santai ☺️