Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru KL 4

Terima kasih admin approve.

Last minute plan hujung minggu musim raya.

Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru KL 4⭐

Stay 12 Mei - 13 Mei 2023
Harga RM231 Termasuk Buffet Breakfast 2 Dewasa.
Standard Double.
Booking via Agoda.

Lokasi : Hotel ni ramai dah kenal terletak di tengah kawasan Kampung Baru, KL bersebelahan dengan Hospital Al Islam dan Masjid Jamek Kampung Baru.

Hotel: Suasana masih hari raya jadi akan dengar lagu raya bermain di lobby, luar pintu bilik hotel dan juga termasuk parking hotel pun ada lagu raya. Ada juga deco raya di lobby, sesuai nak bergambar.

Akses dari Hotel: Kampung Baru dikatakan syurga makanan di KL, pelbagai jenis makanan ada disini dan selalunya ramai akan singgah restoran tomyam, nasi kukus, nasi lemak. Jadi pilihan Nasi Kukus Wan Suraya akan jadi tumpuan sebab jalan kaki dalam 3 minit dah sampai. 😁

Bilik: Bilik Standard Double jadi tidaklah besar tapi selesa menginap, aircond dia tak terlalu sejuk tak terlalu panas jadi takde isu bangun pagi otot kejang 😅 TV dia kalau buka menyakitkan hati sikit sebab signal kejap ada kejap ghaib 🤣

Swimming pool: Keluasan kolam renang agak besar dengan kedalaman hanya 1.1m sahaja, berbentuk N shape jadi panorama KL termasuk KLCC dapat dilihat.

Fasiliti: Ini tak pasti sebab masa singgah hanya ke swimming pool tapi yang lain tak sempat nak singgah apa lagi fasiliti yang ada.

Breakfast: dapat 2 dewasa, pilihan tak banyak tapi bolehlah pilihan yang ada buat rasa². Kalau walk in RM35 seorang.

Check out hanya beri kad sahaja dan jangan lupa beri kad parking untuk menikmati parking percuma untuk guest hotel, kalau tak kena bayo la alamatnya.
Kalau berpeluang nak singgah lagi walaupun rumah di KL juga 😅😅

Ini sahaja review ikhlas dari saya. Terima kasih..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama