NUSAKUYA RESORT, SEMPORNA

NUSAKUYA RESORT, SEMPORNA 
 
Kali ni nak review sikit penginapan kami semasa ke Semporna, Sabah bulan Februari lepas. Untuk harga bilik, kami ambil menerusi pakej. Sebab pakej kat sini termasuk makan 3 kali sehari dan boat transfer. Total RM1700 untuk 2 malam (dua dewasa dan dua kanak2).

BOAT TRANSFER ⭐⭐⭐⭐
Pakej kami bermula bila boat pickup di Jeti Umum, Semporna jam 12.30 t/hari untuk ke resort. Perjalanan dengan boat ambil masa lebih kurang 30 minit. Resort kat sini check in jam 1.00 pm dan check out jam 10.00 am. Dalam perjalanan boleh menikmati penandangan menarik dan lautan membiru. Kapasiti boat tak ramai, masa kami naik, cuma 6 orang utk 1 boat. Saya sarankan untuk bawa backpack berbanding luggage supaya memudahkan pergerakan. Resort ni terletak di perairan Pulau Bun Bun. Air laut sangat jernih.

BILIK ⭐⭐⭐⭐⭐
Urusan check in sangat mudah. Bilik dah diberikan siap2 sebab bilik kat resort ni tak banyak, ada dalam 15 bilik ja. Jadi, tak ramai org kat sini. Apa yang menarik dengan resort ni, semua bilik ada akses ke laut ikut balkoni. Fasiliti kat sini terhad, portable aircond dan water heater cuma on dari jam 6 pm - 6 am sahaja. Waktu lain guna kipas. Resort ni guna generator untuk jana tenaga elektrik, sebab tu kena catu. Tekanan air ok, cuma tak berapa laju. Air bersih pon akan ada boat hantar tiap2 hari.

FOOD ⭐
Breakfast tak pelbagai dan kurang sedap. Tapi tiada pilihan, makan je la sebab tak boleh nak keluar ke daratan.

Lunch kami tak makan, sbb kebanyakan pelanggan resort ni akan ada aktiviti island hopping. Jadi kebanyakan akan keluar dari resort utk aktiviti snorkeling & scuba..

Dinner dihidangkan di setiap meja, ikut nombor bilik. Menu kebanyakannya seafood. Kami beli seafood sendiri di Pasar Semporna sebelum smpi kat sini, minta resort masakkan ja. Lebih fresh berbanding seafood yang dihidangkan. 

STAFF ⭐⭐⭐⭐
Semua staf sangat friendly dan banyak membantu. Kat resort ni takda lifeguard yang bertugas. Jadi, yang bawa anak2 untuk mandi laut tu, kena hati2 dan pastikan keselamatan mereka. Sebab air laut ni ada pasang surut, kalau air pasang, orang dewasa pun boleh tenggelam. Kalau air surut, air takat betis ja.

KEMUDAHAN ⭐⭐
Ada aktiviti kayak kat sini tapi perlu sewa. Kalau yang tak reti berenang, boleh ambil life jaket dan snorkeling google kat receptionist. Yang ni pinjam free ja. Tapi google tu kalau boleh bawa sendiri, lebih puas hati.

RECOMMENDED ⭐️⭐️⭐️
Saya tak pernah menginap kat water chalet lain sekitar Semporna, jadi tak boleh nak compare. Tapi saya rasa semua water chalet kat Semporna ni fasiliti lebih kurang ja (jangan bandingkan dgn ground akses chalet yg ada sumber letrik & air direct). Cuma pada saya, sangat recommended kepada yang nak pergi water chalet kt Semporna, nak betul2 tenangkan fikiran dan relax. Boleh mandi laut puas2...Memang xda apa2 yg happening kat sini, tapi ada ketenangan... 🫰🏻

#sabah #semporna #nusakuya #malaysia #hotelreview

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama