Sipadan Dive Kapalai Resort Sabah

Salam admin dan semua hari saya nak berkongsi stay di Sipadan Dive Kapalai Resort Sabah 3hari 2malam private island. 

Tak sangka kita ada resort jauh lebih cantik dari Maldives dan murah. Impian selama 4 tahun saya tercapai nak stay disini di tengah lautan private island Alhamdulillah.

Trip bermula ambil flt Air asia atau boleh ambil MH awal pagi dari KL ke Tawau.Sampai Airport dijemput oleh driver terus bawa ke Semporna private Jetty (1jam perjalanan). Selepas isi form maklumat penginapan speed boat akan bawa kita terus ke resort(40 min perjalanan).

Tiba shj dlm masa tengahari terus dapat welcome drink dan buffet lunch. Ada staff akan datang brief kat kita pasal resort dll. Bagasi dan kunci dh siap staff aturkan dan naik buggy ke bilik.. Subhanallah x terungkap kata bertapa cantik dan indah sgt tempat ni. Masuk bilik luas sangat walaupun kami berdua. Tengok pemandangan ikan coral di balcony berenang2 mmg rasa best sangat.

Paling best sini juga makan 3 kali sehari menu buffet dia pun bertukar dan sedap sangat juga banyak pilihan. Tea time setiap hari mula 3pm-5pm..wow dok sini x akan rasa lapar dan bawa mee segera bagai.Housekeeper cepat je datang jika nak bersih bilik. Buggy sentiasa lalu jika nak ke mana2. Bilik sini ada yang ada aircond dan kipas tapi malam tdo pun boleh buka pintu balcony tingkap bagai angin masuk.
Sini 24 hrs ada electric dan juga fresh water supply.Dalam bilik tea coffee mimeral water semua ada.. Resort 5* kata kan.

Tak sangka stay luar bilik boleh nampak coral, ikan2, turtle, stingray lalu mcm tu sahaja tenang rasa.. Fuhh kalau nak amik gambar banyak tempat especially sunset dan sunrise dia memang Wow.. 530am dh sunrise. 

Dari segi keselamatan kat sini ada tentera mengawal 2/3 post 24 jam sempat berborak dengan abg askar juga. Luas resort ni dari hujung ke hujung 1.3km dan mana2 bot snorkeling mereka pantau. guest yang stay kat sini semua mereka ada list jika jadi apa2 ada button dlm bilik dan mereka akan datang check.

Aktiviti boleh buat kat sini snorkeling, kayuh basikal, kayak dan diving.. Nak mandi ada tempatnya. Ikan2 dia kat sini memang mcm dlm aquaria. Seronok tengok burung kejar ikan2 kat sini dan bila air surut air yg jernih lagi. Fuhh saya x tau nak cakap mmg nak repeat lagi setiap tahun. Tak da nak benda nak complain sejak langkah masuk sampai check out saya bagi resort ni PERFECT 10⭐

Saya ada kongsi sikit gambar untuk semua memang gambar paling byk kat sini nak amik.Mesti korang tanya kat mana nak booking kan.. Kalau tengok website hotel 1 malam per person 3h2m RM 18++ tak termasuk flight dan online booking lain xda juga agent di sabah. Orang yang bantu saya ke sini adalah agent Syioknya CUTI dan harga murah RM300 dari website hotel.. Memang puas dan x menyesal langsung jimat banyak.

Ok korang semua boleh plan ke sini x yah terbang jauh ke Maldives dan bayar lebih.. Pengalaman seumur hidup itu yang berharga.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama