DoubleTree by Hilton Johor Bahru
Staycation di Bulan Ramadhan but actually ikut husband pergi kerja di Johor 🤭
Husband book bilik King Deluxe Room, harga dalam RM400++ semalam.
Kami sampai dalam pukul 130pm dan disambut oleh kakitangan hotel. Kakitangan hotel membantu mengangkat beg bagasi kami. Kemudian saya terus ke kaunter untuk check in.
Lobi hotel agak luas cuma kekurangan kerusi untuk tetamu berehat atau menunggu.
Proses check in smooth dan mudah. Kakitangan hotel bertanya ada berapa orang ahli keluarga kami dan kemudiannya memberi 5 biskut signature DoubleTree. Terima kasih. Kami cuba menempah sahur sekali dengan harga RM45. Kami juga cuba untuk menempah buffet Ramadhan tapi sudah habis untuk hari Jumaat dan Sabtu.
Selepas check in, kami naik ke bilik di tingkat 21. Bilik kami adalah view bandar. Boleh nampak Singapura juga.
Bilik agak luas dan selesa. Toilet tiada bathtub.
Wifi hotel juga laju, saya work from hotel dan tiada masalah connection semasa bekerja.
Parking pula ada banyak dan mudah mencari parking. Kena tukar lif kat lobi untuk naik lif yang khas untuk ke parking
Sahur bermula pukul 4am tapi kami turun pukul 5am. Pada pagi sabtu, kami begitu teruja kerana ramai rupanya sudah turun sahur. Meriah sekali waktu sahur. Tapi kemeriahan itu hanya sementara kerana semasa mengambil makanan tidak banyak choice dan makanan juga banyak sudah habis.
Saya hanya sempat mengambil nasi lemak tanpa condiment dan ayam masak merah yang begitu kecil. Yang banyak adalah roti dan pastry tapi pure butter pun takde. Sahur saya perlukan protein yang banyak untuk berfungsi di waktu siang. Dapat la juga omelette setelah beratur panjang. Di penghujung waktu sahur, air pun da habis terutamanya plain water. Saya nampak staf kurang dan sibuk untuk topup makanan. Saya minta mereka refill plain water / air detox tapi mereka masih sibuk. Tapi akhirnya dapat dari sebuah jug yang ada plain water. Kesian yang lain menunggu dapat ke tak air tu agaknya. Sahur yang paling murung rasa
Next day nya kami tak ambil sahur di hotel takut kejadian itu berulang lagi. Jadi kami hanya order foodpanda. Ada kedai yang buka waktu sahur sekitar Johor.
Kami juga ada jalan2 sekitar hotel. Pool dia nampak agak kecil tapi anak2 tak mandi sebab puasa. Maybe next time.
My rate 4/5 ⭐⭐⭐⭐