Sunway Putra Hotel (25-26/2)

Sunway Putra Hotel (25-26/2)
-
✅Hari ni saya nak review hotel 5 bintang yang bagi saya harganya amat berpatutan iaitu Sunway Putra Hotel, KL. Hotel ni bersambung dengan Sunway Putra Mall di level bawah.
-
🚪Jenis bilik: Deluxe Room (Receptionist bagi free upgrade dari Superior room) - Bilik dengan balkoni, pool view, Kl tower & Klcc view
Harga: Rm240.03 include breakfast satu orang (Ni harga untuk bilik Superior room)
Booking platform: Klook apps
-
🚝Tiba di hotel pukul 3.15ptg & terus ke lobby di tingkat 9, kalau korang datang dengan LRT, lobby boleh access dari tingkat G, Sunway Putra Mall sebelah Sepiring (sebelah kanan dari Main Entrance) atau Level 4 kat Selera Street. Parking kereta kt sini tak silap saya percuma untuk yg menginap di sini. 
-
🔑Proses checkin mengambil masa skejap je, takde deposit sebab dah bayar full. Receptionist beli layanan mesra👍🏼. Setelah diberi bilik, terus je Guest lift untuk ke tingkat 30, lif ade 5 & sangat laju 👍🏼, tak perlu menunggu lama. 
-
🚪Bilik - Bilik luas & sangat bersih😍 , dengan katil king, ade meja kerja & lampu, sofa. Peralatan dalam bilik seperti biasa, ade iron, iron board, in room safe, peti sejuk mini, hanger, televisyen. Tandas di sebelah kanan dri pintu masuk & dalam keadaan bersih. Terdapat menu untuk in room dining di atas meja. Bilik saya dapat ade balkoni dengan pool view & Klcc & KL Tower view. Bilik ni juga menghadap stesen LRT jadi akan dengar bunyi LRT setiap masa. Katil king besar, bantal pun best untuk tidur, dah tidur malas nak bangun 😆
-
🏊🏻‍♂️Pool - Pool di tingkat 11, besar jugak pool ni, masa saya pergi pukul 4ptg tak ramai lg, cuaca pun redup, ade lifeguard kt sana. Ade kolam untuk kanak2 & jacuzzi. 
-
🏋️‍♀️Gym - Terdapat Gym di level 11, sebelah pool, & dibuka 24jam
-
☕️Coffee house & Atrium Lounge di Tingkat 9 jugak sama dengan lobby. Tapi saya tak sempat pun nk lepak kat sini, duduk satu malam je. 
-
🥯Breakfast - Breakfast di Coffee House dari pkul 7pg-10pg. International style buffet, banyak pilihan. Menu typical hotel standard. Sedap & puas hati, boleh cuba Nasi Lemak ayam Rendang, sedap 😋. Coffee house dia luas & boleh muat ramai guest.
-
Checkin pd jam 12.30 tengahari & mengambil masa sekejap je, secara keseluruhan memang saya berpuas hati & nak repeat lg staycation kat sini 👍🏼
-
Location - 5/5
Hospitality - 5/5
Breakfast - 4/5
Room - 5/5
Rate - 5/5

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama