Hotel Seasons View Kuantan Pahang

Hotel Seasons View Kuantan Pahang

Jenis bilik : 2 bedroom suite
Harga : RM 570++ (3 hari 2 malam)
Booking platform: Agoda.com
Deposit : tiada

Lokasi
Strategik, tengah bandar, dekat dengan Menara 188 Kuantan...cuma parking terhad...

Bilik
Sebenarnya tempah 2 bilik Triple (1 katil single, 1 katil King) tp masa check in, request dekat manager nak tukar bilik suite ni...bilik ni ada 1 pintu utama tapi dipecahkan kepada 2 bilik berbeza mcm dalam gambar...terima kasih manager hotel yang baik hati bagi saya 1 keluarga bilik ni...memang selesa kalau dtg dengan keluarga...dua2 bilik ada tingkap (city view) dan non sharing toilet...

Dalam bilik ada peti ais mini, pengering rambut, cerek elektrik, aircond sejuk tu yang best...

Bilik air
Kebersihan okay, air laju, cuma disediakan gel mandian dan syampu...

Wifi
Laju, puas hati guna

Hotel ni tak ada breakfast tapi bwah ada cafe yang bersambung dengan lobi, dan yang paling best bawah tu penuh kedai makan waktu malam...malam 1st kami sempat makan kat Restoran Singgah Semeta, bagus anak muda, makanan sedap, customer service terbaik...

Sekian review, harap membantu...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama