Itinerary Cameron Highland, Pahang

Itinerary Cameron Highland, Pahang

Date : 13/3/2023 - 15/3/2023 
Hotel : Zetter Suites CH
Harga : RM459.17 [3d2n]
Deposit : RM100

Check-In
Kami sampai akan lewat. Dalam pukul 5.30 camtu, baru sampai. Terus ke lobby untuk register dan ambil kunci.

Kena bayar deposit RM100. Time check-out nanti, akan pulang semula duit deposit. Urusan mudah dan pantas. Staff pun friendly. 

Bilik / Challet / Appartment
Penginapan kali ini, kami pilih appartment. Dan sebab utama juga, nak dekat dengan pasar malam. ☺️

Appartment nie, turun je bawah, udoh nampak pasar malam. Memang meriah! Dan pasar buka setiap hari jumaat, sabtu, ahad dan cuti sekolah. 

Okay, appartment nie ada 2 bilik tidur sahaja. Bilik utama besar dan bilik kedua, kecik sikit.

Bilik Air
Bilik air bersih. Ada 2 bilik air. 1 di bilik utama dan 1 lagi di bahagian luar. Disediakan juga sabun mandi, syampo. 

Paling penting ada water heater. Sejuk kat Cameron nie. Harus ada water heater untuk mandi. Tuala pun siap bagi 4 helai.

Peralatan Rumah
Lengkap dengan kabinet dapur, peti ais, cerek elektrik, bolehlah hirup teh panas-panas dekat tempat sejukkan. 🤭

Ruang tamu juga lengkap dengan sofa, TV, meja coffee, dan dining table. Terasa seperti dirumah sendirilah pendek kata.

Parking
Parking juga disediakan. Jadi tak perlu risau pasal berebut parking. Bahagian basement, banyak parking!

Check-Out
Urusan check pun mudah ja. Pukul 12, kami dah ready untuk check out. Kalau lambat kena denda RM50.

Tempat Menarik Kami Kunjungi

Steamboat di Adik Aisyah Grill & Steambot. 
RM36 dewasa 
RM22 kanak-kanak 

Jalan-jalan di Centrum Mall Brinchang. Mall terbesar di sini. Terdapat kedai-kedai menarik dan minifun/games. Parking RM3

Ke Flora Park. Tempat viral yang penuh dengan debunga debunga Cinta. Banyak tempat menarik disini sepertinya port utk ootd. Ada juga perkampungan ala hobit gitu. 

RM50 dewasa 
Kanak-kanak bawah 12 tahun free. 
Parking charge RM8

The Sheep Sanctuary. 
RM12 dewasa 
RM7 kanak-kanak 
Parking charge RM3

Keseluruhan
Nak merasa tempat sejuk, ke Cameron Highland sajalah mampu buat masa ini. 🤭 Berbaloi pergi, kalau ada tempat menarik dan tempat baru untuk lawati.

Kita share sini. Kot ada nak info. Dan juga info untuk diri iols untuk masa akan datang. Nanti boleh cari balik. ☺️

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama