Tiket Feri PERCUMA Hong Kong ke Macau 2025 Untuk Pelancong Antarabangsa!
Feri Percuma Ke Macau Dari Hong Kong Tahun 2025
Berita baik buat para pelancong! Tawaran tiket feri percuma ke Macau kembali lagi!
Tempoh Promosi Tiket Feri Percuma
Nikmati tiket feri percuma ke Macau bermula dari 1 Mei hingga 31 Disember 2025!
Siapa Layak Mendapatkan Tawaran Ini?
- Pelancong antarabangsa yang mempunyai dokumen perjalanan sah.
- Peserta perlu menunjukkan pas masuk feri ke Hong Kong, tiket elektronik, atau resit pengangkutan yang menunjukkan ketibaan mereka ke Hong Kong dalam tempoh tujuh hari sebelum tarikh perjalanan ke Macau.
- Hari pelayaran feri perlu dalam tempoh tujuh hari dari tarikh ketibaan di Hong Kong seperti tertera pada pas masuk anda.
Butiran Tawaran Tiket Feri
- Tawaran ini sah untuk tiket feri Kelas Ekonomi dari laluan Hong Kong/Kowloon ke Macau Outer Harbour/Taipa.
- Anda boleh menuntut sehingga maksimum 6 tiket feri sehala percuma dari Hong Kong ke Macau.
- Pelancong boleh menempah tiket feri secara percuma lebih awal.
Sila ambil perhatian, tiket feri promosi yang hilang, rosak, atau tamat tempoh akan dianggap batal dan tidak akan dikeluarkan semula.
Cara Menempah Tiket Feri Percuma Anda
Tempah tiket feri percuma anda terus melalui laman web Turbojet. Panduan langkah demi langkah untuk menempah tiket percuma boleh didapati di bahagian kapsyen setiap gambar.
Pautan tempahan: https://www.turbojet.com.hk/en/
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Promosi tiket feri percuma ini berlangsung sehingga 31 Disember 2025.