Apa Itu Chinesium? Haa, Pernah Dengar?
Chinesium ni, bukan nama unsur dalam jadual berkala tau! Tapi, istilah 'dalam' yang selalu muncul kat internet (terutamanya kalangan mekanik, DIY enthusiast, gamers, dan kaki teknologi) bila cerita pasal barang:
- Murah, dibuat banyak-banyak kat China.
- Kualiti hampeh, bahan tak tau dari mana.
- Cepat rosak, patah, atau 'meletup' lepas pakai sikit je.
Bukan nak kutuk negara, tapi lebih kepada nak kritik pengeluaran barang tanpa kawalan kualiti – yang banyak datang dari kilang-kilang murah kat China.
Ingat, bukan semua barang "Made in China" tu "Chinesium" ya. China pun banyak hasilkan barang berkualiti tinggi – kalau ada kawalan yang betul.
Tapi, kalau korang beli barang murah giler kat e-commerce, takde nama, takde standard, takde manual – haa, kemungkinan besar dapat "Chinesium" lah tu!
Contohnya Pisau, Kena Pandai Beza!
Kena beza betul-betul antara dua jenis pisau J.A. Henckels International (China) dan Zwilling J.A. Henckels (Germany) – dua-dua dari syarikat Zwilling, Jerman, tapi beza kualiti, harga, dan siapa yang guna.
🇨🇳 1. J.A. Henckels International – "Made in China"
Kualiti sedang-sedang je, untuk orang biasa guna kat rumah. Selalu guna stainless steel jenis X30Cr13 (steel lembut, tak tahan tajam sangat). Sesuai untuk mak-mak masak kat rumah, harga murah, senang nak beli. Logo dia: Satu orang berdiri (Single stick figure) – senang nak beza dengan Zwilling. Gambar tu baru potong bawang putih dah patah. Chinesium sungguh! 🤪
🇩🇪 2. Zwilling J.A. Henckels – "Made in Germany"
Dibuat kat Solingen, Jerman – tempat lahir pisau profesional kat Eropah. Kualiti memang terbaik, guna steel formula khas macam Friodur (steel yang disejukkan khas), lagi keras (HRC 57+), tajam lama, tahan lasak. Pisau ditempa (forged), full tang, seimbang betul. Untuk chef profesional, restoran, atau orang yang gila pisau dapur mahal. Logo dia: Dua orang berdiri (Twin figures) – simbol Zwilling (dalam bahasa Jerman maksudnya "kembar").
Sumber: Dari kawan (sebab rasa macam pelik tapi menarik)
```