Jom Terokai Kemegahan Istana Diraja Madrid! 👑🇪🇸
Kalau korang kaki sejarah Sepanyol, memang wajib masukkan Istana Diraja Madrid dalam senarai tempat wajib lawat bila ke Madrid! 💞💞💞
Istana Diraja Madrid: Kediaman Rasmi yang Mengagumkan
⚜️ Walaupun Istana Diraja Madrid ni kediaman rasmi Keluarga Diraja Sepanyol, sekarang ni diorang lebih selesa tinggal kat Istana Zarzuela yang lebih kecil dan sederhana. Tapi, Istana Diraja ni tetap gah digunakan untuk acara-acara penting!
Saksikan Upacara Pertukaran Pengawal Diraja yang Memukau!
⚜️ Dua kali seminggu, setiap hari Rabu dan Sabtu, korang boleh saksikan sendiri upacara pertukaran pengawal diraja kat Palacio Real ni. Ramai giler pelancong datang tengok! Lagi best, setiap hari Rabu pertama setiap bulan (pukul 12 tengah hari), ada upacara pertukaran pengawal yang lebih besar dan gempak!
Waktu Operasi Istana Diraja Madrid
- Musim Sejuk (Oktober - Mac):
- Isnin - Sabtu: 10:00 - 18:00
- Ahad: 10:00 - 16:00
- Musim Panas (April - September):
- Isnin - Sabtu: 10:00 - 19:00
- Ahad: 10:00 - 16:00
Kaunter tiket dan pintu masuk Istana ditutup satu jam lebih awal.
Cara Nak Ke Sana? Senang Je!
🚆 Stesen metro terdekat: Opera (Laluan 2 dan 5)
⏰ Gambar diambil pertengahan Februari 2025.
📸 Emie PH
```