MOXY HOTEL, PUTRAJAYA

MOXY HOTEL, PUTRAJAYA

Tarikh: 19 Julai 2024
Berapa hengget?:
302.40 inc breakfast via Marriot Bonvoy

Pergh, lama sungguh aku tak masuk group ni. Disebabkan terlebih rajin hari ni, aku nak review hotel yang baru saja dibuka Februari lalu. Ramai nau cakap hotel ni cantik. Adakah benar? Ayuh baca!

KELEBIHAN

🤩 Ya, hotel ni saaangat cantik. Memang instagrammable. Serius!
🤩 Faktor aku pilih hotel ni semestinya lokasi yang strategik. Hotel ni betul-betul depan wing baharu IOI City Mall tau. Keluar hotel ni, terus nampak Kafe Chef Wan. Nak pergi Kenny Hills Bakers pun senang ( tiba-tiba teringat peach strudle. Sedapnya!)
🤩 Parkir mudah, luas dan percuma ya. Boleh parkir di basement IOI City Mall yang khas untuk Moxy Hotel. Ikut papan tanda yang tersedia. Jangan parkir kat tempat lain pula. Rugiiiii. 
🤩 Ada banyak permainan seperti arcade, snooker, congkak gergasi dll. Aku suka tengok keluarga yang main sambil ketawa. Bahagia tengok mereka. Bagus!
🤩 Sarapan sedap dan menunya tak klise. Aku suka ada Ovamaltine untuk makan bersama croissant. Yeah!
🤩 Tak silap aku, sarapannya 38 hengget je kalau walk in. Murah dan berbaloi weh!
🤩 Biliknya ada tingkap besar tau. Ala-ala di Capri by Fraser Bukit Bintang. Paling penting, bantal banyak!
🤩 Waktu malam boleh hiburkan diri di kafe. Ada dua tau. Kafe bawah dan Sky Bar. Best!
🤩 Suara dan wajah penyanyi di kafe bawah tu macam Marsha Milan ya. Seleksi lagu yang dipilih pun sedap. Senang cerita, lepak di kafe tu memang best.

KELEMAHAN
Maaf jika berkecil hati, cuma ulasan jujur untuk penambahbaikan. 🥰

🤔 Bilik air tak ada bidet. 🤭
🤔Orang beratur panjang untuk semak nama waktu sarapan. Cadangan, elok guna sistem tab yang boleh search nombor bilik tanpa perlu selak sebaris demi sebaris di kertas. Hati-hati, pelanggan kalau sedang lapar, boleh emosi. 🤭
🤔 Kuah roti canai masin. Hurmmmm...
🤔 Kenapa tak ada staf bukakan pintu ya? Atau waktu aku datang tu, tengah rehat? Tapi, waktu aku keluar masuk waktu lain pun tetap tak ada juga. Hurmm, bukan apa. Kadang-kadang guest bawa banyak beg, dengan beg tangan lagi, gigihlah nak menolak pintu berat tu. 

Setakat ni tu saja ulasannya. Nak datang lagi atau tak? Semestinya nak! Lokasi yang menarik, suasana yang mengagumkan memang buat aku suka. Semoga komentar jujur ini dapat menambah baik mutu perkhidmatan hotel ini. Yeah!

Yeah, terima kasih!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama