The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai,
Yan, Kedah Darul Aman.
• 25/12/2023 - 27/12/2023
• 3 hari 2 malam
• Bilik Superior
• Rm 338 termasuk sarapan 2 dewasa (Harga 1 malam)
• Booking secara terus dengan resort. Sebab tengok kt booking.com dah sold out. Lepas call dia whatsapp details untuk bayaran.
• No telefon : 044667777
• Bayaran RM 25 untuk sarapan dewasa
• Bayaran RM 15 untuk sarapan kanak-kanak 6 tahun - 12 tahun
• Kawasan parking luas & percuma
No Bilik (209)
• Katil double twin
• Bilik ada kipas siling je. Tak perlu aircond pun sebab memang sejuk
• Ada balkoni siap meja & kerusi. Syok layan view sambil lepak minum tengok pemandangan sawah & laut.
• Bilik & toilet bersih, ada pemanas air
• Tandas & tempat mandi terpisah
• Saluran tv yang basic sahaja
• Ada peti ais mini siap air kotak dan air tin. Kalau minum kena bayar masa check out.
Check in & check out
• Urusan mudah & lancar
• Staf peramah dan membantu
• Tiada deposit
Makan
• Sarapan dah termasuk dengan harga bilik. Anak saya umur 5 & 2 tahun jadi tak perlu buat bayaran tambahan.
• Pilihan buffet sarapan tak meriah tapi lengkap.
• Makan tengah hari & malam kat restoren sama juga (Puncak Kedah Restoren).
• Waktu malam ada pilihan nak makan stimboat & grill.
• Harga ok tak mahal sangat.
• Ruang restoren besar & selesa
• Bawah resort ada foodcourt
Aktiviti & kemudahan
• Ada banyak aktiviti boleh buat kat sini, sediakan ongkosnya saja (rujuk gambar untuk senarai aktiviti & harga)
• Tarikan terbaru basikal kayangan & Jerai Skyview
• Taman dinasour berbayar
• Taman permainan & kolam renang siap slide
• Ada tapak untuk camping
• Ada strawberi farm boleh makan-makan tapi takde aktiviti petik strawberi, strawberi pun tak nampak
Alhamdulillah memang best sangat stay kat sini. Suasana nyaman & pemandangan yang indah saujana mata memandang. Berbaloi rasanya stay 2 malam.
Kami dari Seremban, Negeri Sembilan. Perjalanan dalam 8 jam juga termasuk berhenti untuk pengurusan diri & anak-anak.
Kami check in lambat, dalam pukul 7 petang naik mendaki gunung jerai. Jarak dalam 10km je dari kaki gunung cuma jalan berselekoh tajam. Tapi jalan dah clear lah waktu ni. Kalau naik awal sikit memang jem nak sampai le puncak tu. Lagi-lagi sebab cuti sekolah.
Oh ya, kalau tak nak drive kereta sampai atas, boleh naik van dan parking kereta kat bawah. Harga satu kepala RM 10, satu van RM 80 pergi balik. Tapi yang ni biasanya yang datang harian je, sebab susah nak parking kat atas. Tempat terhad. Kalau untuk guest hotel memang ada parking khas.
Kabus memang tebal pada waktu malam. Waktu siang pun masih sejuk dan nyaman. Kena bawa baju sejuk & stoking. Siapa yang sukakan kedamaian dan ketenangan memang sesuai sangat datang sini.
Tempat ni sesuai untuk staycation dan bawa anak-anak. Tapi kalau datang better hujung minggu atau cuti sekolah. Sebab kalau hari biasa tempat ni macam takde orang sangat. Tapi bila cuti sekolah, hampir semua bilik penuh. Ada 75 bilik di resort ini. Overall memang puas hati dan kami pasti akan datang lagi nanti.
Terima kasih The Jerai Hill Resort Gunung Jerai
Info lanjut - https://thejerai.com.my/index.php/the-jerai-hill-resort
Terima kasih admin approve post ni.
Semoga bermanfaat! 🤗