Swiss Garden Hotel, Melaka

Swiss-Garden Hotel Melaka 

3H2M
Check in : 19/12/23
Check out : 21/12/23

Deluxe Twin Room [River view]

Harga : RM369.51/night termasuk breakfast (book melalui Agoda)
Add on 1 malam lagi di reception hotel RM258 exc breakfast. 
Total : RM 627.51

Check in : 🌟🌟🌟🌟🌟
Kami park di depan lobi hotel dan terus check in. Tiada deposit dikenakan kerana kami telah buat bayaran penuh. Kami tiba pukul 4 pm jadi terus boleh masuk bilik. Proses check in bawah 5 minit. Staff yang mesra dan peramah.

Bilik : 🌟🌟🌟🌟🌟
Tempah bilik yg menghadap Kg Morten dan Sungai Melaka. Anak2 seronok sebab boleh tengok bot bergerak menyusuri sungai. Bilik dilengkapi pengering rambut, TV( banyak pilihan rancangan), peti ais mini, iron, meja kerja, balkoni pagar kaca dan tidak lupa bath tub. Free unlimited WiFi. Request free complimentary cake utk birthday dan dihantar ke bilik selepas check-in.

Parking : 🌟🌟🌟🌟
Hotel ini dilengkapi parking bertingkat berkongsi dengan mall di bawah. Parking hotel pada tingkat 7 dan 8 secara percuma unlimited keluar masuk. Proses keluar masuk senang kerana guna sistem kamera pengecaman nombor plat kereta cuma parking yang agak tinggi akan mengambil masa untuk keluar masuk. Parking sentiasa ada kosong.

Tandas : 🌟🌟🌟🌟🌟
Tandas sangat bersih dan dilengkapi shower yang selesa. Bath tub juga disediakan saiz dewasa dengan punca air panas dan sejuk. Bilik air juga telah dinaiktaraf untuk tertutup sepenuhnya daripada pandangan katil. Toiletries yg disediakan juga mencukupi. Housekeeping datang utk tukar towel dan bedsheet pada pagi hari kedua.

Breakfast : 🌟🌟🌟🌟🌟
Pilihan makanan yang banyak seperti nasi lemak, ayam masak merah, mee goreng, sayur goreng, kari nyonya, dim sum, muesli, aneka roti, kopi fresh brew, roti canai dan banyak lagi. Semuanya menepati selera kami. Tempat makan luas dan selesa serta dekat untuk akses kepada makanan. Utk add on breakfast, boleh ke reception utk pembayaran (RM25/kids).

Pool : 🌟🌟🌟🌟🌟
Antara sebab utama kami pilih hotel ini ialah kerana dilengkapi dengan kolam mandi dewasa dan kanak2 yang ada slide dan sebagainya. Kolam agak besar walaupun berkongsi akses dengan The Shore Residence. Kolam berada di tingkat 9 dan jika inginkan privasi, boleh mandi di kolam infinity khas untuk pelanggan Swiss Garden sahaja (tingkat yg sama). Ada security guard namun tiada life guard on duty. Boleh mandi sehingga jam 7 malam. Bilik sauna juga disediakan.

Lift : 🌟🌟🌟🌟🌟
Swiss Garden dilengkapi 6 lift : 2 carpark lift dan 4 lift hotel. Proses naik turun lift berjalan lancar. Jika pengguna agak ramai, daripada parking level 7 atau 8, boleh juga turun dahulu ke level G dan tukar ke lift hotel untuk naik semula ke bilik.

Disarankan untuk guna lift yg ada label 'keycard access only' untuk terus naik ke aras bilik daripada carpark tanpa perlu tukar lift.

Kemudahan : 🌟🌟🌟🌟🌟
Bersebelahan reception, ada akses ke The Shore Mall. Ada kemudahan ATM, Mr.Diy, KFC, Seoul Garden, Chef Wan Cafe. Speedmart terletak di bangunan bertentangan mall (walking distance).

Pusat tarikan pelancong di dalam radius kurang 8km sahaja : Menara Taming Sari, River Cruise, Nasi Lemak Istimewa Kg Morten, Cendol Kg Hulu, Muzium Samudera, Jonker Street, Kota A Famosa, kedai2 cenderamata, kedai makan etc.

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dan jika ada kesempatan, pasti akan repeat semula ke sini👍👍

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama