Assalamualaikum..
1st time nak review hotel dekat sini. Semalam baru balik dr bercuti di Melaka Bandar Bersejarah selama 2hari satu malam. Saja cuba nasib cari hotel sehari sebelum bertolak ke sana. Cari punya cari, banyak dah sold out dan yg tinggal pn memang harga hotel berganda sebab raya deepavali.. Tapi rezeki kami terjumpa satu hotel di Agoda yg harganya sangat reasonable dan terletak betul2 di Bandar Melaka. Terus booked dan bayar on the spot.
Nama Hotel : Eco Tree Hotel Melaka.
Harga : RM150 (exclude breakfast) - booked guna Agoda. Bilik Executive Deluxe Twin room
Deposit : RM50
Tarikh Check-in : 12-13 november 2023
Parking: ⭐⭐⭐⭐
No worries Parking senang. Open space Parking FREE disediakan untuk guest di belakang hotel. Bila check in staff akan bagi coupon parking untuk letak dkt dashboard kereta.
Proses Check In: ⭐⭐⭐⭐⭐
Reception di tingkat M (tingkt 2). Proses sangat cepat tak sampai 5minit dah dapat kunci. Kena buat bayaran deposit Rm50+ heritage tax RM2, then setel. Cuma staff tersasul cakap kami belum bayar hotel, sempat lah terkejut kejap😅.
Bilik: ⭐⭐⭐⭐
Untuk bilik sy bg 4/5⭐. Mula2 masuk tu aircond agak lambat nak sejuk. Terus call reception untuk hantar technician check, cepat je sampai. Dorg check dan bersihkan aircond tu skt trus sejuk bilik! Bilik bersih dan cantik. Tapi agak kecil sikit dan ruang nak solat pun sipi2 je. Bilik air agak transparent dan tak boleh kunci. Kena pesan awal dkt anak2 jangan main terjah je time ada orang kt dalam 😅😅. Bilik deluxe twin ni tak ada bathtub. Siaran TV ada 4 channel saja. Ok la, bukan nk tengok tv sangat. View bilik kami mengadap laut.. Memang cantik view.. Yang penting tido malam takda dengar benda2 pelik.. Tido lena jeee bantal dan tilam pn selesa sangat.
Swimming Pool : ⭐⭐⭐⭐⭐
Swimming pool di tingkat 9. Sangat cantik view dr atas rooftop ni.. Dapat tengok sunset dan view laut.. Size pool dewasa agak besar. Ada tempat kids juga. Tp kecil jelah. Cuma dkt tepi tu ada bar minuman alkohol. Kami tak ambik port sgt cuma datang nk mandi kolam je. Waktu kami mandi tu dah lewat petang dapat lah tgk view sunset dr rooftop yang sangat cantik dengan lampu2 menarik. Swimming pool buka dr pkul 7am-7pm.
Breakfast/ dinner :
Kami tak ambil so xboleh review. Tapi dkt bawah area hotel tu ada banyak juga kedai makan.. Kena pusing2 survey kedai makan. Tapi kalau untuk dinner, kalau malas pergi jauh2 ada kedai ME'NATE steak dekat jee.. Boleh la jalan kaki. Hihi.
Staff: ⭐⭐⭐⭐⭐
Jarang terserempak dengan staff, xbanyak yg berkeliaran sekitar hotel tu. Macam tak ramai staffnya. Tapi bila minta apa2 macam check aircond n minta iron/iron board sekejap je dah sampai.. Staff reception pun friendly.
Lokasi: ⭐⭐⭐⭐⭐
Lokasi dia dekat dengan Hotel2 popular lain di sekitar Bandar melaka. Mmg strategic juga lokasi dia sbb nampak laut tu. Jalan sekitar sini tak terlalu sesak sangat berbanding hotel yg betul2 di kawasan dataran palawan/Bandar Hilir. Tp nak pergi ke area Bandar tak jauh mana.
Overall kami sangat berpuashati dengan hotel ni.. Tak salah plih hotel walaupun Booking last minute. Harga pon murah walaupun musim perayaan. Recommended. Boleh pergi gais! ⭐⭐⭐⭐