A&R Urban Hotel, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Check in : 1 November 2023
Check out : 2 November 2023
Jenis Bilik : Deluxe Queen Room
Harga : RM89/ malam
Security deposit: RM100
Alkisahnya, terjumpa posting pasal hotel bajet tapi vibe kayangan dekat KL. Harga dalam RM87 tapi siap ada pillow menu, dan pakai L'Occitane as toiletries.
Jadi kami pun cuba book. Memang betul harga murah. Harga bilik asalnya dalam RM60++ tapi campur tax & fees jadilah dalam RM89. Still okay lagi.
Parking & Check-In :
Hotel bajet ini terletak di shoplot biasa, jadi parking khas tidak disediakan. Sebaliknya kena parking di lot biasa di bawah pihak majlis, bayarlah guna apps jika anda datang pada hari bekerja.
Tapi rezeki, parking tak susah pun. Ada je parking kosong di depan hotel sewaktu kami menginap.
Bila sampai, terkejut tengok lobby cantik betul, tak ada rasa macam hotel bajet tapi dapat vibe boutique hotel. Cuma bau saja tak cukup wangi.
Semasa check-in, security deposit sebanyak RM100 diminta.
Bilik :
Bilik yang kami tempah adalah bilik yang paling kecil dengan katil bersaiz queen. Bertemakan industrial, dengan lampu kekuningan.
Bilik walaupun kecil, masih muat untuk solat di lantai. Kira okaylah. Kami pernah tidur di hotel bajet yang lebih kecil dari ini. Disini lebih berbaloi.
Cuma, bilik tak kedap bunyi. Memang dengar apa bilik sebelah buat. Lepastu TV pun terganggu kalau hujan.
Detail review ada di setiap gambar
Sarapan & Makanan :
Seperti hotel bajet yang lain, tiada sarapan disini tapi jangan risau sebab turun bawah di tepi hotel ada mamak, jalan jauh sikit boleh ke Old Town White Coffee atau Lotus, kalau tak mahu boleh lintas jalan menggunakan jejantas ke McDonalds, atau bawa saja kereta ke mana-mana destinasi anda. Lokasi hotel ini yang strategik di Jalan Ipoh memang memudahkan anda untuk ke pusat bandar KL, Selayang, Gombak, Kepong.
Keseluruhan :
Memang puas hati menginap sini. Siapa yang nak bercuti KL, dengan bajet rendah boleh try hotel ni. Bilik yang lebih luas pun ada jika anda ramai, siap ada bilik duplex.
Overall, saya bagi 4 bintang ! Puas hati !