Rembulan Escape - The Red Bowl Kampung Mangkok, Pantai Penarik, Setiu Terengganu

Rembulan Escape - The Red Bowl
Kampung Mangkok, Pantai Penarik, Setiu Terengganu

Date of Stay : 1-2 September 2023
Purpose of Stay : Family holiday
Rate : RM218 
Booking method : Agoda

Bilik
- Ada 1 katil queen , 1 sofa bed. Perfect for family with 2 adult 3 kids
- Bilik bersih dan luas
- Ada unifi,internet laju, android box ada youtube but no Netflix
- Ada microwave, fridge, ada dapur elektrik juga untuk memasak. Kat depan bilik ada tempat bbq dan kerusi untuk lepak2
- Di belakang ada sink kalau nak masak2
- Almari besar best boleh simpan banyak barang
- Siang2 agak panas, ada kipas n aircond tapi bila siang tak sejuk mana. Waktu malam ok suhu da menurun

TOILET
- Bersih dan luas
- Pressure air kat shower slow tapi dibekalkan dengan gayung dan baldi so kena tadah air untuk mandi

PARKING
Depan bilik saje

CHECK IN
- On the day nak check in, kita message host di Agoda
- Host minta untuk whatsapp. Kita bagitahu ETA kita, host da ada depan bilik untuk proses check in
- Ada deposit RM100 dan dipulangkan selepas check out
- Host friendly, dan ada bagi tips nak makan malam dan breakfast mana

FOOD
- Tak disediakan tapi boleh pusing kampung dalam 5 minit ada orang jual.
- Dinner kami pergi ke MR Celup Tepung 4/5 ⭐
- Breakfast pun sekitar kampung ada 3-4 kedai jual breakfast depan masjid

LOCATION
- Depan pantai boleh tengok sunrise
- Jalan dalam 100m je 
- Pantai tak ramai orang boleh kata macam kami je di pantai.

Tiada swimming pool so boleh main pantai puas2.
Luar bilik ada hos paip, boleh basuh pasir2 sebelum masuk bilik

Overall puas hati kita bagi 4/5 ⭐ will repeat kalau ada rezeki

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama