Masbro Hidden Village, Lenggong, Perak.
Contact no: 010-4372367
1. Chalet bentuk rumah org asli.
Harga: RM50/pax utk satu mlm.
Chalet cute sangat. Boleh muat 4 org satu chalet.
Tapi bantal, selimut, toto kena bwk sendiri. Dlm chalet cuma ada carpet shj.
Kipas dinding ada, power points outlet pun byk dan cukup lah utk laptop ke, nk charge HP, iPad ke... InsyaAllah cukup.
AC xde tapi kami kipas pun x on malam2 sbb sejuk gila. Mmg xperlu AC.
2. Makan.
Kena order dari food vendor sehari sebelum nk mkn. Nnt diorang deliver naik atas.
Contact no food vendor:
Bfast - Nasi lemak Shaheny 013-455 1487
Lunch n dinner - Dapur Kak Wa 019-564 9172
Boleh bwk mknn n mkn kat Embun Cafe (xde jual mknn, cuma ada kitchen dan meja kerusi utk mkn).
Kitchen lengkap peralatan memasak, so siapa yg suka masak boleh bwk bahan2 sendiri n masak kat situ.
Meja kerusi tepi anak sungai pun byk.
3. Pool.
Ada pool utk mandi manda, air dari bukit/anak sungai. Mmg sejuk n best.
Ank sungai mmg sejuk jernih, ktwng lepak rendam2 kaki sambil makan buah rambutan (ada campers bagi masa tu, bukan Masbro resort punya la).
4. Waterfall.
Waterfall pun ada tapi kami gi amek gmba je, xmandi pun. Tapi mmg cantik.
5. Durian.
Durian kat sini, kalau ada buah, mmg guest boleh makan free. Masa kami pegi mmg puas hati dapat mkn.
6. ATV.
Harga: RM100/pax.
Anak2 saya kata trek ATV mencabar n best. Xleh membonceng. Satu ATV utk sorang for safety reasons.
7. Toilet n shower.
Toilet n shower asing dari chalet. So depends la kedudukan chalet kat mana, ada 2 blok toilet n shower ni. Xde water heater, air shower dia sejuk sgt sbb air bukit. Mmg segar kalau mandi.
Toilet n shower bersih.
8. BBQ.
Boleh buat bbq, Ada bbq pit tapi arang, bahan2 mknn tu kena bwk sendiri la. Freezer ada kat Embun Cafe tu n boleh guna tp xde la besar sgt so jgn bwk byk sgt la. Ataupun plan elok2 masa, gi beli bahan2 mentah masa hari nk wat bbq tu supaya xde masalah storage.
Kesimpulannya, tempat ni mmg sesuai sgt utk healing. Tenang, sunyi, Indah.
Masa saya dan keluarga pegi, xde kejadian pelik2 Alhamdulillah.