Lexis Penang Bayan Lepas

Lexis Penang Bayan Lepas

Dekat je dengan airport

7 Sept-9 Sept2023 (3D2N)

Price: Rm599/mlm dapat voucher pula Rm400
Direct booking dengan hotel. Ikmal nama staff yang urus booking kami. Siap bagi slice kek free sempena birthday. 

1st semua staff very good. Well trained. Sangat2 peramah. Semua, dari bellboy, reception, recreational, fnb, spa. 

2nd bilik luas. Ruangan bersiap depan tandas, natural lighting. Very nice. Ada rezeki boleh tiru buat di rumah. 

Seperti biasa lexis pasti ada private pool, ada steam room tepi kolam. Just pool tu macam kuat betul clorin. Anak2 kecil lagi. Saya bagi mandi bath tub sahaja. 

Untuk makan pula, sarapan pagi include in price for 2 person. Tak kisah sebab ada voucher yg banyak. Harga seorang Rm65. Makanan banyak pilihan. Penting sekali sedap. Char kueh tiaw 👍jangan tak perasan. Dia duk di bahagian telur sebab masak by order. 2 hari mmg menu bertukar kecuali nasi lemak dan bahagian telur. 

Makan malam pun di restoran sama dengan sarapan. Oleh sebab anak-anak tak berapa sihat. Voucher banyak, kami decide makan di hotel aje. Again, puas hati. Staff excelent. Pandai bagi suggestion. Makanan semua sedap. 

Spa pula nice. Boleh pakai voucher juga. Staff spa berpengalaman. Sedap urutan melayu. Tukang urut lelaki pun sedap urutan nya( suami cakap lah). Tp lelaki buat appoinment lah. Dia sorg je tukang urut lelaki. Minyak boleh pilih. Tambah rm30. 

Parking tak pasti. Ada parking percuma. Kami bayar Rm20/day untuk reserve parking depan hotel. Kata staff yang ambil bayaran parking tu kereta vellfire tak muat masuk parking hotel. Layan. 

Laut tak boleh mandi. Kawasan nelayan. Tapi boleh lah lepak tepi laut tenang2. 

Kids world ok lah. Cukup untuk anak main sekejap. 

Ada bilik karok, ada arked mainan. Tp berbayar. Karok kene booking. Kolam awam pun ada. Tapi sunyi. Semua bilik ada kolam dah kan. 

Overall sangat puas hati. Ada rezeki boleh check in sini lagi. 

Sekarang promonya Rm699/mlm dapat rm400 voucher

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama