Review Hotel IDEAS Hotel, Kuala Lumpur

Hi…
Mungkin dah ada yg review pasal hotel ni. But its ok, different review, different experience la kan…

Hotel: IDEAS Hotel, Kuala Lumpur
Date: 1-3 June 2023
Price: (tak tau sebab gomen byg bayar)
Payment method: LO
Purposed: Kursus.

Actually im not sure nama lama building ni sbb katanya rebranding la kot.. Tapi hotel ni sangat best and terletak btol2 dekat dengan tempat nak habiskan duit! SOGO dan seangkatan dengannya! 🤣

Ok… let move to the important thing! 

PARKING ⭐️
Parking dia masyaAllah… susah wei! Sbb berkongsi parking dgn LPPKN kan…So mmg kena parking kt bawah and takde lift! Saya kena parking di P5 and tarik luggage naik tangga dari P5 ke lobby! Boleh gout ya!!! Mengah!! Yihh! Parking free as long as u menginap. Just validate je dgn bg nombor your vehicle kt receptionist and key in dlm device diorg and keluar dr hotel dlm masa 15 minit. Enough! Or else, touch jek la TnG.

LOBBY⭐️⭐️⭐️⭐️
Just nice! And kteorg pon amek kunci dari urus setia. So xde la beratur lama2. And i sempat je bersembang dgn receptionist. Peramah and sedia membantu.

MAKANAN⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Ini part paling best! Sebab kursus kan. So 5@6 kali makan jugak la kan! 🤣 Suprisingly… makanan diorg semua sedap2!!! Saya makan nasi lemak and sambal dia sedap!!! Jarang la pegi bfast kt hotel dpt nasi lemak yg sambal dia sedap! Lps tu masa dinner ada sambal hitam! Perghhhhhhhh… merecek hawau sedap dia!! Bertambah woooo! 😂😂
Lunch pulak tiba2 ada satay! Ah sudahhh! Hahaha tapi sedap kuah kacang dia! Pendek kata semua sedap la! Panjang kata lagi sedappppppp!

BILIK⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Bilik dia x payah cerita la. Memang besar and luas! So x perlu fikir utk cari ruang solat. Qiblat also there! So just jalankan tanggungjawab anda.😊.
Complete dgn hair dryer, iron and iron board, mineral water, shampoo, berus gigi, body lotion and mini fridge & lain2 la….
Oh ya.. wifi pon laju ya! 

Cumaaaaaaa when in come to housekeeping i should give 1⭐️ only! Sebab lembap namatey!!! Saya pegi attend kelas pagi, and balik bilik lps lunch n solat, bilik masih x kemas! Towel x berganti! Lepas tuuuu.. masuk kelas balik, petang naik lps minun petang n solat asar, ponnnnnn x kemas lagi! Kalau xnak kemas pon, please change my towels. Then i decide to call adik2 yg TENGAH buat housekeeping kt hallway tu utk make up my room. Or just replace my towel. Tu pon dah memadai. Kang lebih2 kang kena kecam pulak kan. Netizen memerhati!😂

ATTRACTION🎉
Hotel ni memang walking distance je dengan sogo, pertama complex and others tempat nak habiskan duit. So, u just pick ok! Even bangunan mara depan tu pon ada je tempat nak menyengkek! 🤣🤣

Kami pegi solat jumaat pon dekat masjid IPD Dang Wangi yg mmg open for public utk solat jumaat. Around 6 minit jalan kaki. Ao u guys boleh je explore sendiri and insyaAllah selamat.

OVERALL🎉🎉
it was a nice stayed. Kursus pon fun! Makan pon sedap! Hidup pon tenang! Lahhhh😂

#ideashotel #kualalumpur

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama