Review Espira Kinrara, Puchong.

Espira Kinrara, Puchong.

Mummy birthday treat 2023 done❤️
Lama betul tak tulis free review untuk tempat best2 kan? Sekian lama menyepi,hari ni dtg kerajinan nk tulis semula. Mcm biasa ni adalah free review. Sila baca sampai habis,yg malas baca,yg nk suruh lukis sila scroll laju2.

Bilik ada beberapa jenis. Villa,standard first floor,deluxe,superior,triple pool view dan mungkin ada lg type lain sis tak pasti.

Harga berlainan mengikut jenis bilik. Bilik yg sis ambil type triple pool view. Ada 1 katil queen,1 katil single. Dlm bilik ada free wifi iron,hairdryer,kettle,safety box,mini refrigerator,coffee n tea. 
Bilik kecil sikit tp its ok. Kami dtg nk enjoy mandi pool je.

Pool ada 2 jenis. 1 pool utk dewasa,1 pool utk kanak2. Pool kanak2 siap ada playground. Sila rujuk gambar dan sila dtg bawa ank2. Budak2 memang enjoy habis kt sini. Pool dewasa pun besar. Sepanjang bilik tu poolnya.

Harga:
Utk bilik type triple pool view mcm sis tu, dapat Rm348.74 di musim cuti sekolah. Siap breakfast utk 2 org. Kanak2 bawah 7thn free. 7thn ke atas hingga 12thn Rm21. Dewasa Rm32. Sis sertakan harga siap2 utk rujukan korang nanti.
Booking direct website Espira Kinrara. Sebelum tu sis pernah servey di Agoda,booking,traveloka tp nampak mcm harga agk priceyy sikit. Di website harganya agk murah.

Byk2 tempat yg sis pernah bawa ank2 bercuti, Espira Kinrara ni seriously highly recomended dan salah satu tempat yg sis akan repeat lg. Nk makan mlm pun tak susah. Mcm sis semalam,kami ke mcd seberang jalan je. Malas nk keluar2 lg cari makan memandangkan ank2 semua dh letih mandi pool dr petang. Tp kalau korang rajin,banyak je sebenarnya tempat makan yg boleh pergi area sana.

Seterusnya tengok caption di setiap gambar ya. Sis sambung cerita bercuti di Espira Kinrara di caption gambar pula.

Mcm biasa INI ADALAH FREE REVIEW. Date sekian2 masih available atau tak,sis tak tahu. Sila contact Espira Kinrara utk detail lanjut. Moga free review ni dapat membantu korang sebagai rujukan mencari tempat2 best utk bercuti bersama family❤️

Espira

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama