Jalan-jalan raya dekat KL kami stay di De Moccis Boutique Hotel Kuala Lumpur.
Overall saya bagi 5 🌟🌟🌟🌟🌟 untuk Fasiliti, Kebersihan, Perkhidmatan & Bufet Ramadan nya!
Best sangat sebab hotel baru, tersangat lah selesa especially bilik nya yg cantik tilam empuk, toilet paling penting sangat bersih! Round-round KL cari tempat nak shortstay utk shopping raya jumpa hotel ni..
Hotel ni pun ada rooftop Skyview Lounge view KLCC tapi under maintenance, next week dah dibuka kepada public 🌺
Sangat dekat dengan Jalan TAR, SOGO, Pertama Kompleks, KLCC, Bukit Bintang (Triangle Tourism Spot!) 15 minit je - tapi drive la 😂 Grab pun senang sangat sebab hotel ni di tepi jalan besar.
Bilik nya pun ada promo Ramadhan;
RM 128.00/Deluxe Room siap ada sahur yang dihantar ke bilik kita tau!
Berbaloi-baloi stay sini siap ada Bufet Ramadhan yang teramat murah, tapi food dia super sedap & mewah! Faham je lah kan kalau berbuka di hotel dekat KL semua ratus-ratus seorang!
RM 88.00 untuk dewasa
RM 68.00 untuk kanak2/warga emas
Macam-macam jenis menu lauk-pauk masakan kampung, sedap sungguh! Paling best ada cucur & goreng pisang panas-panas dengan teh tarik nya yg umphhhh ya Rabbi nikmat sangat musim hujan penat letih lepas shopping dekat Sogo bersesak 🥴😂
Sempat juga kami join solat tarawih berjemaah dengan Imam khas Al Haffiz Ustaz, 8 rakaat tarawih surah pun pendek je hihihi.. setiap hari mereka buat solat berjemaah dalam ballroom yg luas & selesa!
Saya sangat recommend hotel ni untuk mereka yg datang dari luar KL, selain jimat dari segi kos hotel ni selesa untuk keluarga 🥰
Location boleh Google Maps / Waze:
De MOCCIS Boutique Hotel