🎵TENANG… RIBUT JIWA! 🎶
Lokasi : Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Sebuah resort yang dahulunya terbengkalai agak lama, hari ini diberi nafas baru dengan konsep ala-ala Morocco yang sangat sesuai untuk anda yang suka OOTD!
Harga? Booking via Agoda RM 400++ including breakfast (mungkin harga lebih rendah jika bukan booking awal/peak season)
Bilik? semuanya masih baharu sebab baru lebih kurang 2 minggu baru buka.
Ada bilik ekslusif untuk anda yang ingin honeymoon iaitu POOL SUITE (hanya ada 5 unit sahaja dengan kolam renang yang panjang dan dalam di dalam bilik tersebut)
Kolam mandi? Tidak cukup dengan kolam yang ada di dalam resort, anda juga dapat boucher untuk masuk ke taman temanair disebelah sahaja.
Buat masa sekarang, akses direct dari resort masih under construction. Bila siap nanti, ada direct akses jer ke water park.
Parking? Buat masa sekarang tiada masalah sebab kawasan parking agak luas di bawah & hadapan resort.
Lobby? Lobby sangat luas dan sesuai untuk santai-santai atau business talk. Lebih menarik nanti jika boleh order capuccino sambil borak-borak dengan client.
Event room? Luas dan banyak untuk buat event atau seminar/meeting/etc.
So, bila siap sepenuhnya nanti, bakal menjadi resort yang menjadi pilihan di kawasan seberang sini berbanding di pulau.
Berdekatan dengan masjid, McD , Lotus, Mydin dan kawasan elit di Bertam serta tidak jauh dari Syukor Burger! haha..
Jom datang guys beramai-ramai sambil ber OOTD. ✌️✌️
Abam Kriang Dot