Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Putih, Kelantan.

Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Putih, Kelantan.
Tarikh daftar masuk : 5 Nov 2021
Tarikh daftar keluar : 6 November 2021
Tempahan melalui Agoda
Bilik : Twin Deluxe
Harga: RM 619 (tempah di saat sangat akhir- harga biasa RM 200 ++)

Daftar masuk/keluar – markah 10/10
Kami daripada Lembah Klang, jadi sampai di resort pun lambat kira-kira jam 8 pm. Proses daftar masuk cepat dan tiada deposit perlu diletakkan.
Daftar keluar dalam masa seminit dengan menyerahkan kad bilik sahaja. Staf resort sentiasa memakai senyuman di wajah masing-masing. Sejuk mata memandang.

Parkir- markah 10/10
Banyak parkir tersedia di hadapan resort. Percuma.

Bilik – markah 9/10
Kami mendapat bilik di aras bawah sekali. Terdapat 2 katil super single dan satu sofabed. Bilik agak bersih walaupun perabut kelihatan lama. Pihak resort memberi complimentary sebekas buah-buahan. Terdapat TV. Ada meja bekerja dan kerusi. Ada balkoni yang menghadap tasik di belakang resort. Lantai balkoni agak berhabuk. Tenang dan indah pemandangan daripada balkoni ini.

Tandas - markah 6/10
Tandas nya luas. Terdapat bathtub namun sayangnya ianya agak kotor dengan stained calar balar dan ada rambut. Terpaksa batalkan hasrat untuk berendam bak duyung di sini. Ada kelengkapan tandas asas disediakan. Lantai pula air mudah bertakung jadi agak licin. Dinding cermin di antara ruang tidur dan tandas jadi boleh main cak-cak sambal mandi (ada tabir turun naik disediakan).

Liputan internet
WiFi percuma disediakan. Liputan internet daripada telco (Celcom) pula ok.

Makan pagi - markah 8/10
Lokasi makan pagi di anjung mengadap tasik. Makan pagi bertemankan pemandangan tasik. Pilihan makanan banyak juga seperti nasi kerabu dan nasi lemak. Rasa makanan ok. Ada juga dihidangkan kuih tempatan Negeri Kelantan tapi saya tak pasti namanya. Cuma agak turn off bilamana ada tetamu yang menggunakan pembakar roti selepas roti dilepa dengan mentega dan jem. Pembakar tersebut jadi berlemuih dengan mentega, jem dan habuk roti.
Kami juga meninjau jualan makan pagi di kawasan sekitar resort. Dengan menaiki kereta, di dalam jarak 1-2 km terdapat gerai penduduk tempatan yang menjual nasi kerabu tersedap dan murah pula tu. Kuih-muih pun ada. Puas hati.

Kolam renang - markah 10/10
Saya rasa di resort ini, yang paling menang adalah kolam renangnya. Agak luas dan ada 2 bahagian, Kolam kanak-kanak dan dewasa. Kolam kanak-kanak disediakan dengan gelongsor dengan dihujani air hujan buatan (tiada dalam gambar). Manakala di kolam dewasa juga disediakan gelongsor kanak-kanak. Terdapat tanah lapang yang luas di sekitar kolam. Sesuai untuk menjalankan aktiviti hari keluarga. Di tepi kolam renang ada taman permainan kanak-kanak.

Pantai - markah 9/10
Saya tidak pasti samada resort ini mempunyai pantai khas nya yang tersendiri atau tidak. Namun melalui pengamatan saya, hanya terdapat pantai umum yang boleh di akses dengan menyeberangi jalan daripada pondok jaga resort. Pemandangan memang cantik. Waktu pagi kawasan pantai lengang. Malam hari pula meriah dengan pengunjung dan gerai jualan.
Di resort ini turut disediakan taman mini yang mempunyai landskap yang cantik. Sesuai untuk bergambar menggayakan pakaian anda hari ini (OOTD).

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama