Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur
Check in : 18/02/2023
Check out : 19/02/2023
Jenis bilik : Executive Suite
Harga : RM610 (Cuti Sekolah)
Whislit En Suami untuk staycation di Hotel ni.. Sejak tak boleh keluar negara atas faktor kekangan keadaan, kami suka staycation di sekitar Lembah Klang dan bercuti di dalam Malaysia 🤭 Menjana ekonomi negara 😂
Check in : 🌟🌟🌟🌟🌟
Kami tiba awal di kaunter around 12 lebih.. Receptionist kata bilik ready, tapi nak check-in awal ada extra charge RM100. Bincang dengan husband, husband kata takpe kita tunggu je dalam sejam dua lagi. Receptionist offer upgrade bilik dari Junior Suite ke Executive Suite dengan extra charge RM150. Private breakfast di tingkat 40 view Twin Towers. Bincang semula dengan husbnd and setuju untuk upgrade bilik dari Junior Suite to Executive Suite.. Beza dengan Junior Suite, Executive Suite View ada 3 Tower (Twin Tower, KL Tower & Razak Exchange Tower. Since check-in awal, everything smooth. Yang paling penting tak perlu bayar deposit.
Bilik : 🌟🌟🌟🌟🌟
Level 23
View Twin Tower, KL Tower & Razak Exchange Tower.
Katil king size. Toilet bersih. TV ada channel basic sahaja.Nothing special. Maybe mereka boleh upgrade channel since bilik quite pricey and normally bilik mahal ni jarang la nak keluar bilik..Prefer menghabiskan masa di dalam bilik, tengok tv, ontok-ontok orang kata kan 🤭
Paling saya suka disediakan sejadah, iron & iron board. Shariah compliance.
Pool: 🌟🌟🌟🌟🌟
Pool Tingkat 14.
Ade view KLCC and KL Tower.
Towel disediakan.
Ada pool kanak2 jugak.
Ruang panjang dan besar untuk adults
Tapi untuk kanak-kanak agak terhad but its ok.
Breakfast : 🌟🌟🌟
Since upgrade bilik kami dapat makan ruang Tamu Sky Lounge tingkat 40 view Twin Towers. Sumpah cantik area dan view situ.
Unfortunately makanan biasa-biasa je. Takde yang special sangat melainkan buah-buahan dan air botol juice yang disediakan. Oh ya.. Tak boleh bawa keluar any foods and drinks ya dari Lounge tu. Tak faham juga konsep apa yang diguna sebab Trades Hotel takde pulak istilah xboleh bawa keluar makan/ minum walaupun sebotol juice 🥴 1st time makan di Lounge Sky area, maybe kami kot yang tak tahu rules sebegitu..
Parking : 🌟🌟🌟🌟
Parking provided and free.. Banyak dan bertingkat-tingkat. Cuma tak tahan berpusing-pusing nak naik dari satu tingkat ke satu tingkat. Walaupun check-in awal tetap kena parking tingkat 7. Kebetulan ada event rasanya time tu. Maybe sebab tu parking pun jadi penuh.
Overall, hotel ni sesuai untuk yang nak staycation di dalam bandar. Jalan kaki 5 minit terus sampai Kampung Baru. Boleh try any food di sini... For me worth it la kalau sejenis kaki jalan-jalan cari makan.. The best place 4 u 🤭
Alhamdulillah proses check out juga smooth. Just hantar kad and terus bagi salam and bye bye 👋🏻InsyaAllah panjang umur murah rezeki akan datang semula ❤️ Highly recommended 🫰🏼
Oh ya... Mana yang ambil Executive Suite ni boleh book slot dengan any CL untuk mengurut tradisional. Hari tu saya sempat book dengan Bonda Care by Emma Maembong. Ruang tamu sangat la besar. CL datang memang complete set pakej yang kte book pakej tu., Boleh letak satu lagi katil untuk mengurut . Sumpah best gila. Lepas mengurut boleh mandi bunga / mandi susu dalam bath tub.. Bak kata orang sekarang ni 'me time' 🤭
Thank you Tamu Hotel & Suites for services and hospitality terbaik dan memuaskan 🫶🏼🌹