DoubleTree by Hilton Johor Bahru Review
Review ni berdasarkan pengalaman saya menginap selama semalam di Double Tree by Hilton Johor Bahru. Harga saya dapat RM190 untuk bilik yang paling lowest category.
Check in:
Bila dapat abang concierge yang ringan tulang, humble dan baik hati, mulalah merasa diri ini merupakan tetamu yang bintang terang dan sangat bertuah. Gaya seorang bellman yang penuh dengan adat dan penuh kesopanan. Masa saya check in, staff di front desk juga sangat mesra. Tambah membunga lagi hati ini bagai bulan jatuh ke riba bila saya di upgrade kan ke bilik kategori suite. Syukur alhamdulillah walau ambil bilik paling murah tapi dapat bilik yang luas dan selesa. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Oh ya, disebabkan saya check in dalam pukul 11 pm, saya terlepas sesi evening cocktails. Jadi, front office ganti dengan welcome drinks for two. Best part pasal Double Tree by Hilton ialah, setiap bilik akan menerima cookies... Urmmm yummy 😋
Bilik:
Sesaat melangkah kaki ke bilik, hati mula berkocak kegembiraan. Ruangan bilik sangat luas. Design bilik bertemakan modern koprat dan bilik dilengkapi dengan tiga segment iaitu ruang tamu, bilik tidur dan juga bilik mandi. Cukup selasa.
Ruang tamu:
Di ruang tamu ada set sofa, set tea, working table dan juga television. Oh ya, sekali lagi durian runtuh saya dikejutkan dengan fruit basket sebagai welcome amenities.
Bilik tidur:
Di ruangan bilik tidur ada sepasang katil, ada sebuah almari serta juga dilengkapi dengan sebuah TV. Pilihan bantal pula ada dua jenis iaitu Bantal jenis keras dan juga jenis lembut. Sudah pasti saya akan tidur mati dengan keselesaan bantal disini.
Bilik mandi:
Dalam bilik mandi pula dilengkapi dengan bathtub, toilet, kamar mandi serta another wardrobe. Meriah sungguh wardrobe di bilik suite ni. Toilet amenities juga banyak dan jika tidak cukup serta ingin tambah, boleh call operator.
Breakfast:
Best part pasal breakfast di DTJB, ada empat seksyen makanan. Ibarat rezeki harimau, ada seksyen Melayu, India, Cina dan cold section yang menghidangkan hidangan seperti dessert dan juga continental breakfast. Jadi, makanan di sini adalah multiracial food dan ianya berbentuk buffet. Staff juga sangat mesra dan service juga seperti cetus api. Panjang juga kami berborak. 🙊🙊
Check out:
Check out very smooth, staff during check out juga mesra. Saya syak staff di sini memang jenis yang friendly. Time masuk kereta, bellman berlari-lari anak datang approach kami dengan bulat hati sambil menjinjit dua botol air minuman sebagai bekalan pulang ke Kuala Lumpur. Saya cukup terharu dan berasa enak hati dengan service yang diberi kan disini. Ibarat kata pepatah anak baik, menantu molek.
Recommendations? Saya highly recommended untuk anak dagang mahupon anak tempatan yang berkelana ke Johor Bahru untuk menginap di sini.
Sekian
-Oren Katique-