Hotel Mercure Penang Beach

Hotel : Mercure Penang Beach
Stay : 3H2M (RM263.8 per night + RM3 Heritage Fee including breakfast for 2 pax) - (Trip.com)
Bilik : Superior Twin Room
Date : 7.3.2023 to 9.3.2023
Check in ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Kita sampai about 9pm, then terus dapat bilik. RM100 deposit required and RM3 heritage fee kena bayar.
Lokasi ⭐️⭐️⭐️⭐️
Di Tanjung Bungah, so lokasi okay la, Tidak terlalu jauh dari bandar. Sebelah Tanjung Point terdapat MYNEWS, 5 mins walking distance di luar Hompton Hotel ada satu Chinese Food court so sesuai dengan saya (VIVA FOOD HAVEN).
Bilik ⭐️⭐️⭐️⭐️
Saya pilih Superior twin room. So disediakan 2 katil Super Single dan muat kita 2 dewasa 2 budak. Ada lagi satu sofa. Power plug banyak dan terdapat sekurang—kurangnya ada 3 universal plug.
Bilik Bersih dan layout yang modern. Toilet tiada bathtub, water pressure for shower abit weak so mandi tak begitu puas. Layout toilet bersih tetapi saiz agak kecil dan sempit.
Bilik view adalah city view dan Nampak jalan utama. Saya minta free upgrade kepada ocean view tetapi tidak dibenarkan dan perlu membayar RM53 semalam tambahan.
Beach ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Turun lobby terus ada beach. Nampak bersih dan sesuai untuk budak main.
Breakfast ⭐️⭐️
Breakfast variety sangat limited. Saya tengok pun tak begitu minat dengan makanan yang disediakan. Egg station hanya ada omlette ,scramble egg, sunny side up sahaja. Saya minta half boiled egg tidak dapat diberikan.
For me, definitely is below average dengan kepelbagaian makanan yang ada.
Adult RM45 , kid RM35 dan memang tidak berbaloi bagi breakfast yang perlu dibayar.
Swimming Pool ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Swimming pool Nampak best dan luas.. Banyak Towel disediakan dan size pool are good enough.
Check out ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Saya minta late check out sehingga 1pm dan memang boleh dilayan.
Parking ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Walaupun Nampak bilangan parking limited tetapi saya Berjaya park di lokasi yang sama bagi ketiga-tiga. So parking is okay for me.
Kesimpulan
8.5/10 untuk harga dan perkhidmatan yang diberikan. Saya berasa puas hati dan boleh dikunjungi semula dengan value and worthness yang setimpal. Mungkin saya akan tidak pilih breakfast kerana memang agak kecewa dengan breakfast Hotel.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama