Dengan ini abam dah penuhi request hangpa yang nak review hotel yang agak famous di penang. Datang plak musim cuti sekolah mmg rancak la. Staycation yang ke3 pada bulan 3 di penang, jom baca semoga memberi manfaat kat hangpa untuk bercuti di penang.
🛖Hard rock hotel penang
-hotel bertaraf 5⭐️
-terletak di batu feringgi
-booking melalui direct web site hard rock mmg lagi murah compare dengan platform yang lain, tambahan masa booking ne ada promosi rm200, so dapat la harga rm576 with breakfast( tetap rasa mahal walaupun selepas promosi hahha). Promosi hanya bilik poolview deluxe sahaja.
-sampai hotel pukul 4pm. Parking mmg full. Tnya guard nak parking mana, dia suruh parking tepi2 border laluan ja dah mmg jangka la sbb musim cuti sekolah mmg hotel akan full.
-proses check in pun ramai yang beratur. Bilik mmg x ready lagi 😡, dah bad impression. Dia bagi voucher minum jus dan coffee di restoran.
-pukul 5pm bilik baru ready( dah mula rasa x berbaloi gan harga yg dibayar sbb proses check in lambat)
-No deposit
-staff mmg terbaik, jumpa la kat ceruk mana pun staff mesti akan senyum dan tegur.
🛖Bilik
-jenis bilik deluxe pool and seaview
-keluasan bilik besar 35m2 fully carpet
-konsep design interior yg modern
-bilik air kecik dan sempit. Untuk yg size berbadan besar amat terseksa rasanya
-bilik ada balconi mmg view landscape pool dia mmg cantek especially time malam.
-Basic amenities semua lengkap termasuk iron.
-Hanya ada nescafe, tiada teh maybe lepa lupa boh kot, malas nak call tnya.
-bantal dan tilam mmg empuk
🛖kemudahan
-Part paling best hotel ne adalah swimming pool dia besar dan panjang.
-ada pool kanak2 beserta waterslide ada 4
-pool dewasa 1.4m kedalaman, besar dan panjang mmg puas la berenang
-ada gym, spa dan kids club
-malam plak ada live band start dari 7pm-930pm di lobby
-access to beach( bukan private beach)
🛖persekitaran
-berdekatan dengan pantai, so nak buat activity pantai semua ada horse riding rm50, banana boat, jet-ski
-Kedai makan pun dekat depan hotel byk boleh pilih ja mana2 nak mkn ada pak mid cafe, restoran abah.
🛖breakfast
-diberi 3 sesi kena pilih nak mkn masa mana time check in( 7-8.15am, 8.15-930, 930-11am)
-restaurant agak sempit. Design x nmpk mewah biasa2 ja
-makanan ada pelbagai malay, indian, chinese dan western.
-dari segi rasa just ok. Xada bnda yg wow
🛖value for money
-just okey sbb ada discount rm200 hehhe. Kalau xada promosi untuk bilik berharga rm700 mcm
X berbaloi.
🛖rumusan
-sesuai untuk semua jenis percutian family honeymoon dan kawan2
-dari segi hotel bertaraf 5⭐️ abam pilih rasa sayang by shangri la dan eastern n oriental much much better dari segi bilik dan makanan.
-hotel ne menang pada pool sahaja
-tq pada yg membaca, maaf jika x bersetuju ini hanya pandangan pribadi abam.