Ulasan Hotel Marriott Kota Kinabalu: Pengalaman 4 Hari 3 Malam

Ulasan Hotel Marriott Kota Kinabalu: Pengalaman 4 Hari 3 Malam

Hotel Marriott Kota Kinabalu (12-13/1/2026)
Untuk percutian saya di Kota Kinabalu selama 4 hari 3 malam, saya pilih tiga hotel di bawah rangkaian Marriott. Hotel pertama ni kat Jalan Tun Fuad Stephens dan dah start operasi dari Julai 2018. Saya pilih bilik Guest Room, 1 King. Bilik ni paling murah di hotel tu. Di app Marriott Bonvoy, bilik ni RM388.
Saya sampai hotel awal sikit, lebih kurang 11.50 pagi. Saya check-in terus je dan bertuah sebab bilik dah ready. Saya naik lif ke Tingkat 8, tempat bilik saya. Tunggu lif tak lama sebab tetamu tak ramai.
Bilik ni luas, 387 kaki persegi. Masuk je, ada bilik air dan tempat simpan beg kiri. Ditutup dinding gelongsor boleh buka tutup. Ada hanger baju, peti keselamatan. Seterika dan papan seterika pun ada. Ada sinki, tandas, pancuran. Pancuran tutup cermin lutsinar 100%, dua jenis pancuran. Tak ada gelung paip dekat mangkuk tandas. Peralatan mandi lengkap.
Di bilik pula, ada katil king, sofa besar kiri katil. Depan sofa meja bulat sederhana besar. Pojok kiri kaki katil, kabinet ada peti sejuk mini, peralatan bancuh minuman. Berhadapan katil, meja panjang ada bangku kerja ofis. TV 60 inci gantung dinding depan kaki katil.
Hotel ni ada kolam renang infinity Tingkat 8. Kolam besar, view cantik gila. Buka 6 pagi sampai 8 malam. Aras sama ada gym dan sauna.
WiFi free dalam bilik 30mbps, Tune Talk 689mbps, CelcomDigi 555mbps. TV banyak channel HD. Tekanan air kuat tapi lambat panas.
Sarapan kat restoran tepi kolam Tingkat 8. Menu pelbagai. Makan sambil tengok view cantik.
Hotel ni baru 7 tahun tapi rasa macam lama. Tak suka bilik sebab tempat simpan barang dalam bilik mandi. Kawasan kolam tak bersih, jubin luar hitam. Tapi view cantik. Lokasi tengah KK, 650 meter dari Imago Shopping Mall, 6.8 km dari Lapangan Terbang KKIA.
Macam biasa saya lampir gambar yang saya snap masa stay sini. Kalau nak baca review hotel lain, pergi ruang saya di group ni. Nak ikut staycation saya rapat-rapat, follow saya di Facebook. Terima kasih baca 😎


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama