Dapat percuma ‼️ 24-hour Metro Pass 🥰
Untuk orang yang transit di Guangzhou Baiyun International Airport (CAN)
📌 Ambil di Transit Tour Counter , Arrival Hall , Terminal 2
📌 Masa 07.00 - 21.00.
📌 Sekarang belum ada tarikh tamat aktiviti
📌 Boleh guna untuk masuk dan keluar
..
Sekiranya ada yang singgah transit dan nak masuk makan, shopping di bandar Guangzhou, ambil kad MRT 24 jam percuma je 😍
..
Atau pilih Bus Tour pun boleh, tapi kena ada masa transit 8 jam ke atas, ada 2 laluan pilihan (butiran dalam gambar akhir)
..
Jika transit overnight, boleh simpan beg di lapangan terbang percuma 24 jam, tapi kena simpan dan ambil beg dalam masa operasi sahaja, iaitu 05.30 - 23.30.
..
📌 Tempat ambil Metro Pass percuma dan simpan beg dekat je, sekitar tingkat 1 pintu 53 dan dekat dengan laluan naik MRT ke bandar
..
Kami masuk tidur di bandar 1 malam, pilih hotel dekat Tiyu Xilu Sta. (Line3) sebab boleh naik MRT dari lapangan terbang masuk bandar terus je, ambil masa 37 minit
#1000MilesinChina #guangzhou
Tawaran Metro Pass Percuma 24 Jam di Guangzhou CAN
