Marriott Petaling Jaya: Pengalaman Menginap di Hotel Baharu

Marriott Petaling Jaya: Pengalaman Menginap di Hotel Baharu



Marriott Petaling Jaya (1-2/1/2026)
Untuk pembukaan tahun 2026 ni saya pilih satu hotel yang baru je beroperasi. Hotel ni kat Seksyen 16 Petaling Jaya. Dulu hotel ni Eastin Petaling Jaya sebelum diambil alih Marriott dan dibuka 28 Disember 2025. Saya pilih bilik Deluxe Guest harga RM616 kat app Marriott Bonvoy.
Saya sampai hotel awal gila kira-kira pukul 1.45 petang terus je ke kaunter kat tingkat bawah. Masuk lobinya je rasa lain sangat banding Eastin dulu. Check-in cepat je beberapa minit dan tak charge deposit. Sebab bilik belum ready minta duduk dulu.
Kira-kira pukul 2.10 petang staff datang bagi kad bilik. Saya naik lif ke bilik kat Tingkat 5. Ada empat lif dan tak lama tunggu sebab tak ramai lagi. Bilik ni 398 kaki persegi beda gila dengan Eastin dulu. Masuk bilik bilik air kiri pintu sebelum katil.
Kat ruang katil ada katil king almari pakaian kiri katil. Dalamnya ada setrika papan setrika dua jubah mandi. Ada safe box jugak. Sebelah almari ada rak letak beg barang. Kanan katil ada sofa panjang besar hujungnya meja bulat. Takde meja kerja. Pojok kanan kaki katil kabinet ada mini fridge peralatan minuman. TV 60 inci depan kaki katil.
Bilik air luas ada sinki tandas shower. Tandas ada bidet shower ada rain shower handheld. Shower full cermin buram tandas cermin frosted. Amenities lengkap semua baru.
Kolam renang kat Tingkat 3 sama macam Eastin dulu. Bentuk cantik landscape punya. Buka 7 pagi 8 malam. Atas kolam ada gym semua baru peralatan baru. Sebelah gym ada court tenis.
WiFi kat bilik laju tapi tak stabil maybe sebab baru open. Download 220mbps upload 234mbps. CelcomDigi 430mbps Tune Talk 243mbps. TV channel banyak HD. Air pressure kuat.
Restoran lobby belum siap renov sarapan kat restoran belakang kaunter. Walaupun baru open buffet sarapan banyak. Nasi lemak sedap gila.
Harga mahal sebab masih renovate banyak belum siap. Staff cakap hanya Tingkat 4 5 open yang lain renovate jadi siang bising.
Lokasi isolated kawasan pejabat takde makan luar cuma satu minimarket. Tapi public transport dekat MRT Phileo Damansara 500m je. Parking ada tapi bayar RM5.
Saya attach gambar masa stay ni. Nak baca review hotel lain pergi ruang saya kat group ni. Nak follow staycation saya dekat Facebook. Terima kasih baca 😘

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama