Tips Jimat Lebih RM450: Lawatan Percuma Ke Tapak Bersejarah Athens!

Tips Jimat Lebih RM450: Lawatan Percuma Ke Tapak Bersejarah Athens!



Jimat Lebih RM500 Seorang Ketika Melancong Ke Athens

Bagi anda yang belum tahu, yang sudah tahu tu boleh senyum je lah ya! Lebih 25 tapak warisan dan muzium di seluruh Greece, termasuklah tarikan utama di Athens seperti Acropolis, Agora Purba, Kuil Zeus, dan Muzium Arkeologi Kebangsaan, menawarkan kemasukan percuma setiap tahun pada tarikh-tarikh tertentu.

Jika anda rancang perjalanan anda betul-betul, anda boleh jimat wang yang cukup banyak untuk tiket masuk:

  • Acropolis – 30€
  • Agora Purba – 20€
  • Muzium Arkeologi Kebangsaan – 12€
  • Delphi – 20€
  • Kuil Zeus (Olympieion) – 20€
  • Agora Rom – 10€
  • ...semuanya 0 euro jika anda datang pada hari percuma!

Tarikh-Tarikh Percuma Rasmi Sepanjang Tahun:

  • 6 Mac – Peringatan pelakon dan Menteri Kebudayaan Melina Mercouri
  • 18 April – Hari Warisan Antarabangsa
  • 18 Mei – Hari Muzium Antarabangsa
  • Akhir minggu terakhir setiap September – Hari Warisan Eropah
  • 28 Oktober – Hari Kebangsaan Greece
  • Dan Ahad pertama & ketiga setiap bulan, dari 1 November hingga 31 Mac.

Sebagai ganti, anda perlu bersedia untuk beratur panjang kerana tiket tidak boleh ditempah awal. Percuma kan, semua orang nak rebut peluang!

Tips: Athens adalah salah satu bandar yang boleh dilawati sepanjang tahun. Musim luruh, sejuk, dan bunga adalah masa yang ideal dengan cuaca sejuk yang menyenangkan dan kurang pengunjung. Manakala musim panas memang cantik tapi... boleh tahan panasnya ya!

Terokai Keindahan Greece

Athens Acropolis Greece

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama