
Airbnb di Australia: Tips Sewa Rumah Untuk Keluarga Melawat dengan Selesa dan Jimat!

Tips Sewa Airbnb di Australia untuk Keluarga Anda
Kalau keluarga tersayang bakal berkunjung ke Australia, Airbnb memang pilihan bijak! Ada ruang sendiri, lebih selesa, dan jimat berbanding hotel. Tapi, macam mana nak cari tempat yang ngam, strategik, dan berpatutan? 🤔 Jangan sampai dah sampai sana, menyesal pulak kan 😅. Ini dia tip-tip penting untuk memastikan penginapan keluarga anda tip-top! 1. Tentukan Lokasi yang Sesuai
Dekat Dengan Anda
Kalau anda dekat universiti, pilihlah kawasan sekitar situ. Senanglah nak ulang-alik dan jimat kos pengangkutan. Dulu, masa ahli keluarga datang, selalu waktu cuti semester, jadi memang keraplah ulang-alik antara rumah dan universiti. Dekat Pengangkutan Awam
Cari penginapan dekat stesen tram, bas, atau kereta api. Mak ayah tak perlu nak jalan kaki jauh. Saya selalunya pilih yang betul-betul tepi stesen kereta api, senanglah nak gerak ke mana-mana. Dekat Pasar Raya & Pasar
Ini penting terutamanya kalau keluarga suka masak sendiri. Dekat dengan Woolworths, Coles, atau pasar Asia memang satu kelebihan besar! 2. Tempah Awal Untuk Harga Terbaik
Tempah sekurang-kurangnya 1-2 bulan awal untuk elakkan harga melambung. Saya biasanya minta ibu bapa saya tentukan anggaran tarikh kedatangan, lepas tu saya pantau Airbnb. Sebenarnya, boleh je hubungi hos untuk simpan tempahan beberapa hari sebelum sahkan, tapi bergantung pada hos jugaklah. Di Australia, harga boleh berubah mengikut musim, macam waktu perayaan, cuti sekolah, dan sebagainya. Jadi, kalau dah rancang awal, menempah awal memang cara paling jimat! 3. Baca Ulasan Dengan Teliti!
Pilih tempat yang ada banyak ulasan positif (sekurang-kurangnya 4.7 bintang) dan ada banyak gambar sebenar untuk rujukan. Pernah dulu saya cuba Airbnb yang nampak luas dalam gambar, tapi hakikatnya kecil je! Baca ulasan daripada tetamu sebelum ini untuk pastikan tempat penginapan sama macam dalam gambar, dan sama ada hos memang mesra dan membantu. Periksa juga ulasan tentang kebersihan, kemudahan yang disediakan, dan sama ada kawasan sekeliling selamat atau tidak. 4. Pilih Kemudahan Yang Bersesuaian
Dapur & Peralatan Memasak
Kalau keluarga suka masakan rumah, pastikan ada dapur yang lengkap. Mesin Basuh
Ini penting, terutamanya kalau menginap lebih seminggu. Atau, bolehlah bawa stok pakaian secukupnya untuk elak basuh baju. Tempat Letak Kereta
Kalau anda rancang nak sewa kereta untuk bawa keluarga jalan-jalan, pastikan ada tempat parking percuma. Boleh juga pertimbangkan servis Flexi car kalau dah ada lesen memandu tapi belum ada kereta, bayar ikut jam je. Pemanas/Penyaman Udara
Di Melbourne, musim sejuk memang sejuk beku! ❄️🥶 Jadi, kalau ada keluarga datang waktu cuti musim sejuk, memang kena tanya hos pasal sistem pemanas diorang. 5. Semak Dasar Pembatalan
Ramai Airbnb ada dasar pembatalan yang ketat (contohnya, tiada bayaran balik kalau batal dekat-dekat tarikh). Kalau anda belum 100% pasti dengan jadual perjalanan, pilihlah tempat dengan Dasar Pembatalan Fleksibel supaya senang nak buat perubahan. 6. Hubungi Hos Sebelum Tempah
Tanya dulu pasal waktu daftar masuk, daftar keluar, dan kemudahan khas untuk elakkan kejutan. Kalau bawa anak kecil atau orang tua, tanyakan sama ada rumah ada tangga yang tinggi, atau ada lif. Pendek kata, untuk lawatan yang menyeronokkan dan lancar ke Australia, pilihlah tempat yang dekat pengangkutan awam, baca ulasan dengan teliti, tempah awal untuk harga terbaik, dan pastikan kemudahan sesuai untuk keluarga!