Transit 12 Jam di Doha: Lawatan Ringkas Tapi Bermakna di Qatar

Transit 12 Jam di Doha: Lawatan Ringkas Tapi Bermakna di Qatar



Singgah Doha, Qatar: Pengalaman Transit 12 Jam di Hamad International Airport!

Transit panjang di Hamad International Airport, Doha? Memang sengaja saya pilih transit yang lebih lama kali ini untuk explore Doha! Jadi, ini cerita untuk semua yang berminat, atau ada plan nak jalan-jalan di Qatar.

Tips Melancong Semasa Transit di Doha

Untuk syarat-syarat mengikuti tour transit, boleh rujuk laman web discoverqatar ya. Ingat, city tour macam yang saya pilih ni ambil masa sekitar 3.5-4 jam. Jadi, pastikan transit anda lebih dari 8 jam supaya cukup masa untuk urusan imigresen (anda masuk negara mereka, jadi ada cop masuk macam biasa).

Pasport Malaysia memang tak termasuk dalam senarai bebas visa atau visa on arrival. Tapi, jangan risau, beli je tour dan terus ke kaunter Qatar Discovery. Jangan singgah kaunter Information (tempat patung beruang emas tu) nanti kena reject.

(Penting: Kalau nasib tak baik dah beli tour tapi tak dapat masuk juga, minta pegawai bertugas buat surat rasmi untuk claim balik duit tour yang tak dapat digunakan - ini nasihat mereka pada saya).

Apa yang Menarik di Doha?

Ramai yang tanya, apa yang best sangat kat Doha? Tour 4 jam tu sempat tengok apa je? Saya sendiri tak pernah pergi negara Arab lain, jadi memang excited dengan seni bina bangunan di sana. Sangat unik dan berbeza! Selain itu, tour guide berbahasa Inggeris yang handsome, peramah, dan sangat berpengetahuan. Sepanjang jalan dia cerita pasal sejarah Qatar, perkembangan pesat negara ni sejak penemuan minyak, dan kehidupan nelayan di pesisir pantai.

Negara yang sangat kecil, hanya 11,500km2 (lebih kurang negeri Pahang kita je), kalau drive melintang ambil masa 3.5 jam, menegak dalam 2 jam. Jadi, saya rasa 4 jam memang cukup.

Masa saya pergi cuaca okay, tak terlalu panas. Kereta pun selesa, tour guide kata dalam dua minggu lagi (pertengahan Jun) masuk musim panas kering, suhu boleh cecah 50 darjah Celsius! Seram sejuk! Masa saya pergi tu sekitar 36 darjah, dan saya pilih slot 4pm-7pm, sangat sesuai, dapat tengok sunset lagi. Ada beberapa tempat berhenti, tapi saya paling suka Souq Waqif. Pasar ni masih tradisional dengan reka bentuk ala Parsi. Tour guide bawa kita jalan-jalan, lepas tu bagi masa sejam untuk shopping atau makan.

Selepas tour, kami bertolak balik ke airport, tengok matahari terbenam dari tingkap kereta. Dari jauh nampak macam timbunan pasir di padang pasir.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama