Pengalaman Terbang ke Eropah dengan Qatar Airways
Bulan ni, famili saya terbang jauh. Kami pilih Qatar Airways sebab katanya 5 bintang terbaik. Hampir sehari suntuk naik kereta, kapal terbang, tren, baru sampai.
Pendapat Saya Tentang Qatar Airways
Saya rasa Qatar Airways ni okay sangat.
- Staf check-in mesra.
- Pramugari sentiasa senyum.
- Budak-budak dapat hadiah (jangan lupa minta kalau ada anak kecil, dorang suka!).
- Makanan sedap, banyak hidangan, minuman macam-macam, selalu dihidang (tapi hidangan dari Doha rasa Arab sikit, mungkin ada yang kurang gemar, tapi ada 3 pilihan okay lah).
Ingat, kalau dah check-in online kat Malaysia, terus ke barisan web check-in untuk hantar bagasi, lagi cepat dari beratur dengan yang lain.
Transit di Qatar – Panduan Mudah
-
Lepas keluar kapal terbang, cari tanda "Transfer" dan ikut je. Jumpa staf berkulit gelap pakai baju putih dan tempat scan beg, belok kanan (rujuk gambar). Kena buka jaket tebal, tali pinggang, keluarkan telefon, dan tak boleh bawa air lebih 100ml. Dah lepas, cari skrin besar untuk tengok gate penerbangan. Kalau tak jumpa, guna boarding pass dekat mesin tepi skrin. Nanti keluar gate, ikut je arah ke sana (rujuk gambar mesin).
-
Kalau transit lama dan nak tidur, cari "Quiet Room". Ada kerusi panjang macam katil, selesa juga. Jangan lupa set alarm sejam sebelum boarding dan semak semula gate kat skrin, sebab boleh tukar bila-bila masa. Boleh juga tanya staf lapangan terbang.
-
Penting: Set telefon kepada automatik untuk kemas kini zon waktu bila sampai tempat lain.
Makanan dalam kapal terbang sedap. Dari Kuala Lumpur ke Doha, air dan snack kacang dihidang lepas berlepas, lepas tu baru makan berat selepas dua jam terbang. Tak lapar lah, bawa sikit snek je.
-
Kalau terbang balik dari Switzerland (atau Eropah) dengan Qatar, walaupun dah check-in online, kena pergi kaunter check-in automatik untuk cetak tag bagasi dan boarding pass, baru boleh beratur kat "Web check-in bag Drops" untuk hantar bagasi. Pengalaman di lapangan terbang Eropah, kena datang 3 jam awal sebab ramai orang, kaunter sikit, jadi beratur lama. Lepas tu, beratur lagi untuk pemeriksaan keselamatan beg sebelum keluar negara pun lama.
Gate jauh, jadi cepat-cepat pergi gate boarding. Kalau berpengalaman, transit 2 jam okay, tapi selamatnya 3 jam ke atas. Sebab Qatar Airways selalu lambat.
Jangan lupa bawa jaket dan stokin sebab dalam kapal terbang sejuk.
Nota: Artikel ini sekadar perkongsian pengalaman transit. Okay atau tak, bergantung pada pengalaman masing-masing, situasi, dan masa.
```