Pengalaman Bermalam di Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman North, KL
Check-in dan Info Tempahan
Baru-baru ini, saya berpeluang menginap di Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman North, KL untuk 2 hari 1 malam (1/6/25 - 2/6/25). Saya tempah bilik Queen Room (29m²) melalui Trip.com dengan harga RM222.35 nett termasuk sarapan untuk 2 orang.
Parkir
Kemudahan parkir di sini dapat 3 bintang:
- Perlu turunkan beg di depan hotel sebelum berurusan dengan valet.
- Caj parkir adalah RM16 sehari dan dibayar di kaunter penerimaan tetamu.
- Jika ramai pelanggan, mungkin perlu menunggu giliran.
Proses Daftar Masuk
Proses daftar masuk diberi 4 bintang:
- Lobi hotel agak kecil tetapi kemas dan bersih.
- Terdapat kafe di sebelah kiri lobi untuk sarapan.
- Ruang menunggu "The Garden" dihiasi pokok hiasan, mewujudkan suasana segar.
- Workspace dengan 2 komputer dan hiasan bertemakan kehijauan tersedia.
- Lif boleh diakses melalui beberapa anak tangga, dengan kemudahan pengangkat untuk tetamu berkerusi roda.
- Hotel ini juga mempunyai gimnasium berdekatan tangga ke lif.
- Dua lif berfungsi dengan baik dengan cermin untuk impak visual lebih luas.
- Lorong antara lif dan kafe dihiasi dengan mural KLCC.
Bilik
Bilik diberi 3 bintang:
- Bilik bersaiz sederhana, sesuai untuk 2 orang. Ada bangku panjang di tepi tingkap.
- Katil bersaiz queen.
- Bilik sangat bersih.
- Tiada balkoni. Pemandangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit membangkitkan nostalgia KL.
- Dilengkapi jug elektrik, teh, mug dan peti sejuk mini.
- TV dengan siaran asas sahaja. Tiada Netflix.
Bilik Air
Bilik air diberi 4 bintang:
- Bilik air kecil tetapi jubin putih dan hitam mewujudkan ilusi ruang.
- Sabun mandi, syampu, losyen dan handwash disediakan dalam botol yang dilekapkan di dinding.
- Ada paip air di tandas, bukan bidet.
Sarapan
Sarapan diberi 4 bintang:
- Pilihan makanan memuaskan untuk hotel bersaiz ini (sila lihat gambar).
- Suasana kafe kondusif dan bersih.
- Tambahan sarapan adalah RM35 seorang (dewasa).
Kolam Renang
Kolam renang diberi 3 bintang:
- Terletak di Hilton Garden Inn South (2 blok dari North Wing) di tingkat atas.
- Tiada kolam untuk kanak-kanak.
- Terdapat kafe di atas bumbung South Wing dengan pemandangan cantik Metropolitan KL, termasuk KLCC, Menara KL, Menara 118 dan Kampung Baru.
Proses Daftar Keluar
Proses daftar keluar diberi 5 bintang:
- Sangat mudah dengan kotak "express check out". Hanya masukkan kad akses ke dalam kotak.
Keseluruhan Pengalaman
Secara keseluruhan, saya berikan 3.5 bintang. Sesuai untuk percutian singkat di tengah Kuala Lumpur dengan harga berpatutan. Lokasinya dekat dengan Kampung Baru, sesuai untuk aktiviti JJCM. Boleh dipertimbangkan untuk bermalam jika ada rancangan membeli-belah di sekitar KL atau urusan di pusat bandaraya. Gunakan Grab untuk mengelakkan masalah parkir. Kafe di atas bumbung dengan latar belakang mercu tanda KL sesuai untuk sambutan hari jadi atau ulang tahun pada waktu malam.
```