Berapakah Kos Mendaki Gunung Everest?
Mendaki Gunung Everest boleh dianggap sebagai salah satu pengembaraan paling mahal di dunia!
1. Permit
Kerajaan Nepal mengenakan bayaran sekitar USD11,000 - USD15,000 setiap orang untuk permit. Yuran tambahan untuk beberapa dokumen lain adalah sekitar USD1,000 - USD4,000.
2. Pemandu Sherpa
USD20,000 - USD40,000 diperlukan untuk 2-3 pemandu gunung terlatih profesional. Ini termasuk gaji, insurans, dan kos penginapan.
3. Logistik dan Kos Kem Pangkalan
Antara USD5,000 - USD10,000 adalah kos untuk pengangkutan peralatan ke stesen, yak Tibet, porter, helikopter. Ini juga meliputi penubuhan kem pangkalan dan kem di ketinggian, komunikasi, ramalan cuaca, makanan, dan tempat perlindungan.
4. Oksigen
USD4,000 - USD8,000 setiap pendaki. Lazimnya, pendaki menggunakan 6-8 botol oksigen pada kos USD500 - USD900 setiap botol.
5. Penerbangan dan Insurans
Jangkakan untuk membayar USD2,000 - USD5,000 untuk penerbangan domestik dari hotel ke titik perhimpunan sebagai persediaan untuk permulaan (tidak termasuk penerbangan antarabangsa dari negara anda).
6. Peralatan Mendaki Gunung
USD3,000 - USD6,000 untuk peralatan mendaki teknikal, pakaian, but, topi keledar, beg tidur, khemah, pakaian haba dan sebagainya.
7. Yuran Penyelarasan
USD5,000 - USD15,000 untuk yuran penganjuran, penyelarasan, latihan, dan kontingensi kecemasan... kepada syarikat ekspedisi.
Jadi, jumlah anggaran kos adalah sekitar USD100,000 (kira-kira RM 470,000) untuk mereka yang ingin merasai pengalaman ini. Dan itu hanyalah kos apabila anda mula menjejakkan kaki di stesen permulaan; kos sebelumnya bergantung pada persiapan setiap individu.
Rasa bertuah jika anda tidak terlalu berada, sekurang-kurangnya anda tidak akan mati beku di atas gunung bersalji atau meletup dalam kapal selam di dasar laut. (´▽`)
```