Update Terkini Permohonan Visa AS 2025
Berita Baik untuk Pelajar Malaysia!
Kedutaan Amerika Syarikat akan memulakan semula proses temuduga dan semakan permohonan visa pelajar dan program pertukaran. Kalau korang ada mohon visa F, M, atau J, sila pastikan akaun media sosial korang ditetapkan kepada "public" ya.
Ini penting untuk membantu dalam semakan identiti dan kelayakan masuk mengikut undang-undang Amerika Syarikat. Kalau maklumat ni tak lengkap, permohonan visa korang mungkin ditolak. Jangan risau, ini semua untuk keselamatan dan memudahkan proses je.
Tips Penting untuk Permohonan Visa
Nak mohon visa, kena jujur! Pastikan korang semak borang permohonan betul-betul dan semua maklumat adalah tepat sebelum hantar. Kena teliti, jangan cuai!
Jadual Temuduga & Pembaharuan Visa
Nantikan pengumuman terkini mengenai jadual temuduga dan pembaharuan visa tak lama lagi. Kami akan update secepat mungkin!
Kredit: Fanpage Kedutaan Amerika Syarikat
```