Angsana Teluk Bahang: Staycation Best di Penang!
Hai semua! Nak cerita sikit pasal satu hotel kat Teluk Bahang, Penang yang saya rasa memang best dan menarik sangat!
Pengalaman Staycation di Angsana Penang
Saya nak share pengalaman staycation saya di Angsana Hotel Penang. Sebenarnya, ini surprise dari husband sempena birthday saya. Alhamdulillah, hotel ni memang best!
Hotel ni menarik bukan sahaja sebab bilik dia cantik dengan view tingkap besar terus nampak laut, tapi hotel ni penuh dengan aktiviti. Pool ada dua area, ada direct access ke pantai, area main pingpong, gym yang selesa, dan hangout area yang lengkap dengan games!
Butiran Staycation
- Stay: 2 hari 1 malam
- Check In: Mei 2025
- Bilik: Superior Room with Breakfast
- Rate: Tak pasti (bukan book sendiri)
- Deposit: Tiada
- Lokasi: Teluk Bahang, Penang
- Tempahan: Agoda.com
Apa Yang Best Kat Angsana Penang?
- Parking: Banyak & dekat dengan lif. Paling best, ada lif yang boleh terus ke bilik!
- Check In: Lobi besar, luas, cantik! Proses check in pantas. Siap ada welcome drinks yang best!
- Makanan: Breakfast best & banyak choice. Boleh breakfast sambil tengok view pool.
- Checkout: Pukul 12 tengah hari dah kena checkout. Semuanya pantas.
- Staff: Semua A+++! Baik, friendly, ramah & membantu.
- Lokasi: Bagi saya selesa. Kalau malas nak keluar, boleh ambil pakej dinner dengan hotel.
- Bilik: Lengkap, cantik, kemas. Katil king, TV, iron, hairdryer semua ada. Aircond pun sejuk. Ada meja untuk kerja. Overall, semuanya ok. Terima kasih hotel sebab prepare deco & kek untuk birthday saya, as husband request.
- Lobi: CANTIK!
- Kemudahan: Ada pool, gym, pingpong area, hangout area, dan play area juga!
Kesimpulan
Overall, selepas stay, saya puas hati sangat! Harap boleh datang lagi untuk menikmati vibe hotel yang tenang & menyenangkan. Memang best staycation kat Penang!
Rating: 100/10
#AngsanaHotels #penang #telukbahang
```