Switzerland 2024: Kiat-kiat Pass untuk Orang Malaysia!
Jom semak info terkini tentang Swiss travel pass, dengan tips tentang laluan, cara pilih pass, dan cara beli tiket!
Swiss Travel Pass: Apa yang Baharu?
Selepas bertahun-tahun harga tak berubah, tahun ni harga Swiss pass dah naik sikit, geng! Jadi, ini senarai pass yang popular:
1. Half Fare Card (HFC)
Harga maintain je: 120 CHF, valid untuk sebulan.
2. Saver Day Pass (SDP)
Harga pun tak naik, start dari 52 CHF (kalau ada HFC, start dari 29 CHF). Tapi kena beli awal kalau nak harga ni!
3. Swiss Travel Pass (STP)
Harga dah naik dari 232 ke 244 untuk pass 3 hari (kelas 2). Lebih kurang 81 CHF sehari. Kalau travel 3 hari je, beli SDP lagi untung (kalau beli awal).
STP ada kelebihan dia yang SDP takde, tapi kalau nak naik train, bas, feri je, dua-dua pass ni lebih kurang sama.
4. Jungfrau Travel Pass (JTP)
Harga dah naik dari 190 ke 210 untuk pass 3 hari. Mujur harga tiket ke Jungfraujoch maintain 63/75 CHF.
5. Berner Oberland Pass (BOP)
Kenaikan harga paling sikit: dari 230 ke 240 untuk pass 3 hari (tak sampai 5%). Tiket ke Jungfraujoch maintain 99 CHF.
Ada satu perubahan best untuk BOP tahun ni: harga diskaun untuk belia 16-24 tahun (bawah 25). Kalau umur ni, boleh beli pass dengan harga diskaun (sama macam harga kalau ada HFC). Contohnya, pass 3 hari jadi 168 (asal 240), pass 4 hari jadi 196 (asal 280), pass 6 hari jadi 254 (asal 350).
Dari tahun lepas, BOP boleh guna untuk travel dari Interlaken ke Domodossola (kat Itali, dekat sempadan). Dulu BOP cover sampai Brig je. Jadi, kalau nak travel dari Itali ke Interlaken, boleh beli tiket ke Domodossola dan guna BOP dari situ.
6. Jungfraujoch
Harga tiket ke Jungfraujoch pun dah naik sikit. Boleh refer harga kat bawah ni:
Tiket ke Jungfraujoch
Harga pergi balik dari Interlaken: 249.80 CHF
Harga kalau ada HFC: 124.90 CHF
Harga kalau ada STP atau Eurail Pass: 167.40 CHF (tapi kena guna 1 travel day dari STP/Eurail Pass)
Kalau beli tiket biasa ke Jungfraujoch (tak guna pass), baik beli sekali dengan HFC untuk trip lain.
Good Morning Ticket
(Ada syarat masa, boleh check kat website Jungfrau .ch)
Harga pergi balik dari Interlaken: 185 CHF
Harga kalau ada HFC: 105 CHF
Harga kalau ada STP: 95 CHF (tapi kena guna 1 travel day dari STP)
Eurail Pass takde diskaun untuk tiket ni.
Tiket ni boleh guna untuk 3 trip pertama je. Dari Interlaken Ost, train pukul 6:34, 7:04 dan 7:34. Boleh beli online, atau beli kat kaunter sehari sebelum sebab kaunter mungkin belum buka awal pagi.
Pass Mana Paling Sesuai Untuk Trip 3-4 Hari?
Takde jawapan yang tepat, sebab bergantung pada itinerary korang. Nak tahu pass mana paling senang, senang je. Tapi nak tahu cara beli tiket paling murah (gabungan tiket biasa dan pass), kena ada itinerary dan buat comparison.
Ni beberapa cadangan untuk pilih pass. Pilihan terbaik bergantung pada:
- 1. Umur ahli rombongan:
Budak bawah 6 tahun free, tapi kalau travel dengan anak umur 6-15, baik consider beli HFC atau STP untuk dapat Swiss Family Card (free) untuk anak. Kalau tak beli, beli Junior Travel Card.
Kalau ada yang umur 16-24, consider beli STP (daripada SDP) atau BOP (daripada JTP) sebab ada diskaun.
- 2. Nak pergi Jungfraujoch ke tak?
Kalau ya, memang kena kira betul-betul!
Kalau pergi Jungfraujoch je, tiket paling murah ialah Good Morning Ticket, tapi kena bangun awal.
Kalau pergi Jungfraujoch dan gunung lain kat Jungfrau (atau Berner Oberland), beli JTP atau BOP.
Kalau pergi Jungfraujoch dan gunung luar Berner Oberland (contoh gunung dekat Lucerne atau Zermatt), atau Jungfraujoch + train, beli tiket biasa dengan HFC.
- 3. Kalau nak naik train, bas, feri je, beli SDP (kena beli awal). Kalau SDP dah habis, check kelas 1 kot ada harga murah (start 88 CHF).
Kalau travel pendek je, beli tiket biasa. Tapi kalau dua trip atau trip panjang, beli SDP lagi untung.
Kalau beli SDP lambat, takde harga murah, beli STP atau tiket biasa (check mana lagi murah).
Kalau travel banyak hari, STP lagi murah. STP pun ada kelebihan lain (takde kat SDP) macam diskaun cable car, masuk muzium free.
- 4. JTP ke BOP?
JTP lagi murah, tapi cover kawasan Jungfrau je. JTP takde diskaun untuk Schilthorn, tak cover cable car Stechelberg-Gimmelwald-Murren, tak boleh naik bas (Lauterbrunnen-Stechelberg, bas 103 Interlaken-Iseltwald).
BOP cover banyak gunung kat Berner Oberland, termasuk Brienzer Rothorn.
Kelebihan BOP:
- Naik bas free kat Berner Oberland.
- Naik train luar Jungfrau, Interlaken ke Spiez-Thun-Bern, Lucerne, Saanen (dekat Montreux) dan Brig, Domodossola.
- Naik train, bas ke Sigriswil, Blausee, Oeschinensee.
- Kalau tak duduk Interlaken, duduk kat tepi tasik Thun atau Brienz, beli BOP.
- Ada diskaun untuk belia (16-24). Dulu STP je ada diskaun.
- Budak 6-15 tahun, kalau ada Swiss Family Card atau Junior Travel Card, tak payah beli BOP (biasa 30 CHF). Kalau beli JTP, kena beli JTP untuk budak.
- Bila combine dengan HFC, dapat diskaun (JTP pun dapat diskaun tapi sikit je). Kalau beli BOP 4 hari ke atas, dan nak naik train luar Berner Oberland, baik beli HFC sekali.
- 5. Kalau drive dan nak naik gunung, beli HFC + tiket biasa (kalau naik banyak gunung). Kalau 1-2 gunung je, beli tiket biasa. Gunung macam Rigi, Stanserhorn, Stoos, beli SDP.
Kalau pergi gunung kat Jungfrau, kena beli tiket/pass seperti kat atas sebab kereta boleh masuk Grindelwald dan Lauterbrunnen je.
- 6. Selalunya orang fly ke Zurich, terus ke Interlaken, stay 3-4 hari, lepas tu ke Perancis (Colmar) atau Itali (Milan). BOP (atau BOP+HFC) pilihan yang baik. Dari Zurich, beli tiket ke Bern atau Lucerne, lepas tu guna pass untuk ke Interlaken. Nak keluar Switzerland, beli tiket Bern-Basel (Basel-Colmar), kalau ke Itali, beli tiket dari Domodossola (Domodossola-Milan).
Saya dah tulis pasal tiket dan pass Switzerland sebelum ni. Link ke website ada kat bawah. Next time saya share pasal tips beli tiket train dan bas kat Switzerland!
Gambar dari website Berner Oberland Pass
```