Ulasan Hotel 81 Rochor: Pilihan Jimat & Strategik di Singapura!
Percutian saya ke Singapura baru-baru ini, saya memilih untuk menginap di Hotel 81 Rochor melalui TravelGram, dan ternyata ia adalah pilihan yang bijak untuk keluarga saya!
✨ Lokasi Memang Terbaik!
Hotel ini terletak betul-betul di tengah bandar, hanya 5-10 minit berjalan kaki dari MRT Jalan Besar dan Bugis. Di sekelilingnya ada 7-Eleven, medan selera (foodcourt), dan kawasan membeli-belah Bugis yang terkenal. Memang sangat mudah untuk makan dan bergerak ke mana-mana. Setiap malam lepas bersiar-siar, kami sekeluarga berasa selesa sebab tak perlu berjalan jauh.
Bilik Penginapan
- Biliknya agak kecil, sekitar 14m², tetapi bersih dan kemas. Sesuai untuk keluarga yang hanya memerlukan tempat berehat selepas seharian meneroka Singapura.
- Kalis bunyi tak berapa bagus sangat, tetapi tak menjejaskan sangat sebab kami sekeluarga semua tidur lena lepas penat berjalan.
- Staf hotel sangat mesra dan membantu. Semasa daftar keluar, saya dibenarkan meninggalkan bagasi untuk berjalan-jalan membeli-belah tanpa perlu risau.
Beberapa Perkara Perlu Diingat:
- Bilik tiada tingkap, tetapi dengan harga sekitar RM600++ semalam, ia memang berbaloi untuk lokasi yang strategik macam ni.
- Air mineral di Singapura agak mahal, tetapi hotel menyediakan air percuma setiap hari, sangat memudahkan!
📌 Kesimpulan:
Jika anda mahu berjimat tetapi masih ingin menginap di lokasi yang strategik dan mudah untuk bergerak, saya sangat mengesyorkan anda untuk mempertimbangkan perkhidmatan tempahan bilik daripada TravelGram. Saya bukan sahaja jumpa hotel yang sesuai, tetapi juga dapat bantuan untuk tempah tiket lawatan, sim 4G dan kad Ezlink. Percutian saya jadi lebih mudah dan menyeronokkan! Saya pasti akan kembali ke Singapura dan memilih hotel ini lagi! 😊
```