Assalamualaikum..
Sebelum tu saya nak cakap thanks kat admin sebab adakan group ni. Senang nak survey hotel bila baca review kawan².
Baru ni saya checked in Sunway Resort Hotel melalui #sunwaymoment membership program hasil perkongsian rakan2 dalam group ni. Mula² takut juga kena scammed🤣 tapi ternyata legittttt !
Nasib baik tak booking guna apps Agoda. Kalau tak memang rugi. Sebab apa rugi? Sebab bila join #sunwaymoment membership program korang bukan setakat dapat Free 1 night stay je. Breakfast, lunch dan dinner dan free upgrade room dan banyak lagi benefit yang lain . Valid selama setahun plak tu semua benefit ni. Ok stop cite pasal membership ni. Kalau korang nak tahu nti roger je.
Baru saya faham kenapa harga Sunway Resort Hotel ni tak murah. Bila masuk je lobby hotel kau dah rasa betapa mewahnya hotel ni. Bau wangi yang memang relax. Bilik dia pun memang superb! Facility dia dari adult pool, kids pool, gym, indoor outdoor playground, restaurant. staff pun friendly .
Kami park kat valet je. RM45/day. Kami pun memang tak de keluar mana² nak guna kereta. Pergi sunway mall pun ada access dari hotel. Mall tutup baru balik bilik 🤣.
Sebab kan saya dah jadi member #sunwaymoment confirmlah saya akan repeat lagi ke Sunway resort. Sebab saya belum guna banyak lagi voucher. 🫣
Ok lah korang tengok jelah gambar .😅