Banyak baca review tentang hotel nie,good review & bad review..Tak salah mencuba kan🤭
🏢Tamu Hotel & Suite KL
🗓️ 2-3 March
🚪Junior Suite (Bilik 2209) + breakfast
💸 RM 392.95
❌Deposit
📱Agoda
🚗 Parking
laluan memang sempit.agak mencabar bagi kenderaan yang besar.kena pandai jaga ruang kiri dan kanan..tapi kalau kereta comel macam kereta saya in shaa Allah,mudah 😬
🛋️Lobby
Dari parking kena turun ke tingkat 1.
Lobby biasa sahaja tapi wangi
⏰ Check In
Saya sampai awal dalam jam 12..Pergi ke reception untuk confirmkan booking.Sambil tu tanya staff boleh register dulu tak.Nanti pukul 3 terus ambil kunci je..Tapi staff kata tak boleh.Kena pukul 3 juga datang balik untuk register.So dalam pukul 3 sampai hotel semula,dah kena beratur panjang juga untuk register😅
🛏️ Bilik
Masa booking tu ada request nak bilik menghadap 3 iconic tower.Masa register pun ada inform staff.Tapi staff kata tengok pada kekosongan.Kalau bukan rezeki,memang bukanlah.Dapat la view KLCC je 😅..
Bilik besar,bersih selesa.Tilam empuk lena tido..Cuma kekemasan katil tu tak cantik sangat lipatannya..Tapi saya tak kisah pun..Ohh satu lagi cadar & selimut ada banyak kesan stain lama.
🛁🚽 Tandas & bath tub
Tandas besar dan selesa.Tempat mandi & mangkuk tandas asing.Shampoo,shower gel & lotion best guna..wangi..Cuma nya,kawasan bilik mandi,air bertakung sebab saluran air keluar tu tinggi..so air tak dapat mengalir dengan betul..
❄️ Aircond
Aircond style lama kot.Sebab tiada remote..Kalau nak on off,control suhu kena bangun adjust putar box dekat tepi dinding tu.
🚶🏻♀️Lif
Lif memang slow.Sabar tu kan separuh dari iman 🤭
🏞️ Environment
Malam memang sangat cantik.Jangan buka lampu dalam bilik.Nikmati view sekeliling..Sambil tu tenang je rasa sebab tiap kali masuk waktu solat,dapat dengar azan,mengaji dari masjid terdekat.
🍽️Breakfast
Memang sedap,banyak pilihan.Nasi dagang sedap..semua sedap lah 😋..Staff pun bagus,sangat polite..Cepat je angkat pinggan yang kita dah habis makan
🏊🏻♀️Pool
View cantik.
Complimentary
🍰 Masa booking ada remarks stay for anniversary.Alhamdulillah lepas 1/2 jam check in ada staff hantar kek..Sedap tau kek tu..Tq Tamu Hotel 🤗
Penambahbaikan :
Harap staff dapat pantau guest yang mandi di pool,jangan benarkan mereka naik ke bilik dalam keadaan basah.Akan menyebabkan dalam lif semua basah..Agak tak selesa untuk guest yang lain juga..Parents pun kena alert lepas mandi pool pastikan anak-anak tukar baju dulu sebelum naik lif untuk ke bilik..Ini juga salah satu punca carpet akan kotor dan berbau.
Harap pihak hotel dapat buat 1 pakej Bilik View 3 Menara dengan Extra charge.Siapa yang nak view tersebut boleh booking beserta charge tambahan.So tiada lah istilah siapa cepat dia dapat.Lebih adil kan☺️
⭐⭐⭐